wrapper

Berita Terkini

الأحد 9 ربيع الأوّل 1442   |   Monday 26 October 2020


SERI KEMBANGAN - Unit Kokurikulum dan Kadet Remaja Sekolah (KRS) MUSLEH mewakili IKRAM MUSLEH telah mengadakan mesyuarat dan perbincangan dua hala bersama Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Keseniaan (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 17 Julai lalu.

Pertemuan yang berlangsung di Pejabat IKRAM MUSLEH ini bertujuan membincangkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan pemurniaan modul KRS MUSLEH.

 

BSKK KPM diwakili Penolong Pengarah Bahagian, Encik Nazar Mamat sementara Unit Kokurikulum dan KRS MUSLEH diwakili Pengerusinya, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa bersama sekretariat unit.

 

Perbincangan ini diadakan bagi memastikan murid-murid sentiasa mendapat peluang dan manfaat untuk dibangunkan modal insan mereka khususnya dalam aspek kepimpinan dan pembangunan karakter.

 

“Saya berterima kasih kepada Unit Kokurikulum IKRAM MUSLEH dan KRS MUSLEH khususnya yang banyak menganjurkan aktiviti di peringkat nasional dan internasional,” kata Encik Nazar.

 

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak BSKK telah menyediakan dan menyerahkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui KPM.

 

“Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berbagai-bagai aktiviti kokurikulum dijalankan secara dalam talian berupa program dan pertandingan,” tambah beliau.

 

Dalam pertemuan itu, Unit Kokurikulum IKRAM MUSLEH juga telah membentangkan tentang aktivisme MyCARE dalam menerajui usaha-usaha bantuan kemanusiaan seluruh dunia melalui penubuhan Kelab MyCARE di sekolah-sekolah rangkaiannya.

 

“Saya sangat berminat dan menyarankan agar pihak MyCARE dan IKRAM MUSLEH membuat permohonan rasmi untuk mendaftarkan Kelab MyCARE dengan KPM,” jelas Nazar.

 

Pada akhir pertemuan, wakil KRS MUSLEH turut menyatakan bahawa pihaknya telah menyediakan kriteria penerimaan anugerah pingat dan bintang atas jasa dan perkhidmatan cemerlang dalam bidang pasukan pakaian seragam termasuk KRS MUSLEH.

Last modified on Thursday, 23 July 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!