wrapper

Berita Terkini

الأحد 9 ربيع الأوّل 1442   |   Monday 26 October 2020


KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Hidayah Centre Foundation (HCF), Hj Nicholas Sylvester telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Beliau kini bertanggungjawab sebagai Pengerusi bagi Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) dan juga Pengerusi Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia (PKDMMS).

 

Beliau juga merupakan pengasas Hidayah Centre yang terlibat secara khusus membantu saudara baru yang memerlukan bantuan. Beliau turut mendapat latihan dakwah daripada beberapa organisasi Islam Antarabangsa di Amerika Syarikat.

 

Sementara itu, Presiden Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin turut dilantik sebagai Pengerusi Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Wilayah Persekutuan.

 

Jawatankuasa ini diharapkan menjadi sebahagian daripada usaha memperhebatkan lagi gerakan menyantuni saudara baru khususnya di Wilayah Persekutuan.

 

Bagi menambah nilai kualiti pendakwah dalam kalangan mualaf, pada minggu lalu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan MAIWNP disarankan untuk menghantar peserta Kelas Pengajian Mualaf yang berkelayakan ke universiti-universiti Islam di Timur Tengah terutama Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika merasmikan Majlis Apresiasi Kelas Pengajian Mualaf Sesi 2019/2020 di Dewan Seminar Saidina Abu Bakar, Kompleks Darul Hidayah di sini, menyambut baik saranan yang dikemukakan itu.

 

"Saya sendiri tidak teragak-agak untuk mencalonkan nama mereka untuk dihantar ke Universiti (Islam) Madinah, jika layak dan cukup syarat.”

 

Jika komited mempelajari Islam, menurut beliau, tentunya golongan mualaf juga terbukti boleh menjadi pendakwah berkaliber dan boleh memahami ajaran Islam dengan baik.

Last modified on Wednesday, 22 July 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd