wrapper

Berita Terkini

الأحد 24 رجب 1442   |   Monday 08 March 2021


SERI KEMBANGAN - Angka jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 14.7 juta kes, manakala jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam, menurut statistik terbaharu Johns Hopkins University.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah jangkitan sebanyak 3.8 juta kes positif dan kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 140,000 kematian.

 

Brazil pula, kes positifnya sebanyak 2.09 juta dan India, 1.11 juta kes, manakala Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan merekodkan 776,000 kes.

 

Oleh yang demikian, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini mencecah lebih 609,000 kes.

 

Berjaya turunkan kes tapi berjaga-jaga

 

Tindakan kerajaan Malaysia melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini membawa kepada penurunan jumlah kes jangkitan COVID-19 di negara ini.

 

Selain itu, rakyat Malaysia digalakkan mengenakan topeng muka (face mask) sebagai langkah keselamatan dan diwajibkan penjarakan sosial 1 meter di samping pembukaan semula kebanyakan sektor ekonomi.

 

Pelbagai inisiatif kerajaan bagi memastikan bukan sahaja wabak ini dihapus segera, malah kelangsungan hidup rakyat dan ekonomi negara dapat dipulihkan.

 

Pada Mac lalu, Malaysia mencatatkan jumlah kes COVID-19 sehingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding semua negara lain di Asia Tenggara.

 

Namun, Malaysia berjaya menjadi contoh kepada dunia bagaimana negara kecil yang mempunyai rakyat dari pelbagai agama, bangsa dan fahaman politik dapat bersatu dalam menangani virus yang amat berbahaya ini.

 

Nama Malaysia semakin dilihat dan menjadi fokus dunia atas kejayaan menangani penularan wabak ini berbanding sesetengah negara yang lebih dikenali seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

 

Walaupun sebelum ini Malaysia pernah mencatatkan kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan sebanyak empat angka pada satu masa, kini jumlahnya berada pada tahap sekitar 100.

 

Kejayaan Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) mengawal penularan wabak COVID-19 sehingga peratus pesakit yang pulih kini lebih 97 peratus dan menjadi lima negara terbaik di dunia dalam mengawal wabak berkenaan, menjadi perhatian banyak pihak.

 

Baru-baru ini, KKM dianugerahkan The BrandLaureate Award - Certificate of Recognition and Appreciation oleh The World Brands Foundation atas peranannya membendung dan mengekang penyebaran COVID-19.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut menerima anugerah The BrandLaureate Awards - Outstanding BrandLeadership Award 2020 bagi mengiktiraf kepemimpinan beliau dan cabaran yang dilalui untuk mendorong rakyat mendepani COVID-19 melalui pelbagai inisiatif.

 

Walaupun begitu, Malaysia yang mencatatkan penurunan kes positif harian kepada satu angka sejak pertengahan Jun lalu, kini di tahap berjaga-jaga kerana ia kembali meningkat kepada dua angka dalam beberapa hari ini.

 

Kes positif harian kembali meningkat kepada 18, 15 dan 21 kes pada 17, 19 dan 20 Julai dengan kewujudan beberapa kluster baharu bagi jangkitan tempatan.

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas semalam turut menzahirkan kebimbangan dengan menyatakan bahawa jika kes menaik dengan mendadak, kerajaan mungkin akan menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Pandemik COVID-19 masih belum berakhir, justeru beliau menyeru semua rakyat Malaysia agar istiqamah dalam mengekalkan kejayaan melawan virus ini.

Last modified on Tuesday, 21 July 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd