wrapper

Berita Terkini

الإثنين 14 ذو الحجّة 1441   |   Tuesday 04 August 2020

KUALA LUMPUR - IKRAM Kuala Lumpur hari ini telah menyerahkan set Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) yang terdiri daripada 1,026 helai gaun, 783 helai tudung dan 783 pasang sarung penutup kasut kepada Hospital Kuala Lumpur bagi membantu barisan hadapan.

Serahan set PPE dilakukan oleh Yang Dipertua IKRAM Kuala Lumpur, Hj Zainal Adnan Abd Halim kepada Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Heric Coray.

 

Sumbangan ini turut mendapat kerjasama IKRAM Setiawangsa, IKRAM Muda dan IKRAM Health. 

 

“Ini adalah lanjutan daripada sumbangan yang lain yang telah dilaksanakan,” demikian kata Hj Zainal.

 

Beliau berkata, sebelumnya, Klinik Kesihatan di Kuala Lumpur dan Klinik Kesihatan di Setapak telah menerima sumbangan daripada pihaknya.

 

“Di Kuala Lumpur sudah kali yang ketiga manakala di klinik kesihatan sudah enam kali dilaksanakan edaran seperti ini.”

 

Sepanjang Ramadan, jelasnya, IKRAM  Kuala Lumpur turut mengedarkan sumbangan makanan kepada petugas hadapan.

 

“Inisiatif ini dilakukan bagi menghargai penat lelah dan pengorbanan para petugas barisan hadapan serta memastikan bekalan PPE sentiasa mencukupi dalam usaha kita menangani wabak COVID-19 ini,” jelas beliau sambil memaklumkan bahawa projek ini dilakukan juga bagi membantu meringankan beban kewangan enam orang sukarelawan golongan B40 yang terlibat menjahit set PPE ini.

 

Hj Zainal berkata, serahan kepada Hospital Kuala Lumpur hari ini adalah sebahagian daripada siri sumbangan IKRAM Kuala Lumpur kepada para petugas barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur sebelum ini.

 

“Antara sumbangan yang telah diserahkan sebelum ini ialah pada 6 April 2020, sebanyak 50 Pek Hadiah Gift 4 Heroes berupa barang-barang mandian, syampu, minuman biskut dan roti serta pada 1 hingga 5 Mei 2020 sebanyak 250 pek makanan berbuka puasa diedarkan.”

 

Dalam pada itu, sebanyak 3,000 peralatan PPE telah disumbangkan IKRAM Kuala Lumpur semenjak wabak COVID-19 ini.

 

“Apa yang menariknya, melalui program ini, hubungan yang baik kami telah terjalin dengan klinik-klinik kesihatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan juga Hospital Kuala Lumpur.”

 

Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar sumbangan-sumbangan kecil yang dilakukan ini sebagai tanda prihatin, persaudaraan dan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus sejak awal bagi memastikan rantaian wabak COVID-19 ini dapat dibendung.

 

Tambahnya lagi, ini bertepatan dengan moto Pertubuhan IKRAM Malaysia 'Ukhuwah Teras Kegemilangan' dan ini juga merupakan salah satu usaha bagi menyuburkan sikap saling tolong menolong dalam kalangan masyarakat bagi menjamin keselamatan, kesejahteraan rakyat serta negara.

 

Sebelum ini, IKRAM Negeri Johor dan Wanita IKRAM Negeri Sembilan turut menyerahkan set PPE untuk petugas barisan hadapan seperti ini.

Last modified on Tuesday, 14 July 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!