wrapper

Berita Terkini

السبت 8 ربيع الأوّل 1442   |   Saturday 24 October 2020


SERI KEMBANGAN - Menurut kajian terkini Workmonitor pada suku pertama 2020 oleh Randstad Malaysia, sekitar 49 peratus pekerja di Malaysia dijangka meninggalkan pekerjaan mereka untuk memulakan perniagaan sendiri.

“Kajian itu turut menunjukkan pekerja generasi muda lebih berminat menjadi usahawan dengan 82 peratus daripada generasi Z dan 76 peratus responden generasi muda memaklumkan bidang itu memberikan mereka lebih banyak peluang,” kata Randstad dalam kenyataannya.

 

Hasrat tersebut dikongsikan oleh 56 peratus responden berusia 25 hingga 34 tahun berbanding 28 peratus responden antara 55 hingga 67 tahun menerusi kajian yang dijalankan mulai 13 hingga 30 Mac 2020 melibatkan sekurang-kurangnya 400 saiz sampel bagi setiap pasaran.

 

“Hanya 68 peratus daripada mereka yang berusia antara 55 dan 67 tahun berminat untuk menceburi bidang keusahawanan walaupun mempunyai kemampuan kewangan untuk berbuat demikian.”

 

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Malaysia dan Singapura, Jaya Dass berkata mereka berminat untuk memulakan perniagaan sendiri pada usia yang lebih muda berikutan komitmen kewangan yang lebih kecil dan perspektif masa depan yang lebih luas.

 

"Dengan pelbagai kemahiran teknologi oleh generasi muda berikutan perkaitan mereka dengan dunia digital, majikan menghadapi tekanan untuk mencari jalan bagi menarik dan mengekalkan para pekerja ini,” jelasnya.

 

Tambahnya lagi, adalah penting untuk syarikat berada sealiran dengan jangkaan pekerja dan memastikan usaha yang secukupnya dalam memaksimumkan pengalaman positif kepada pekerja.

 

“Majikan boleh memulakan usaha itu dengan mempelajari faktor penjenamaan yang penting dan menarik perhatian generasi muda serta memahami kehendak mereka dalam kerjaya.”

 

Oleh yang demikian, ujarnya majikan perlu membuat perubahan kecil dan berperingkat untuk menarik lebih ramai tenaga kerja dan meningkatkan pengekalan pekerja.

Last modified on Wednesday, 17 June 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd