wrapper

Berita Terkini

الإثنين 3 شوّال 1441   |   Tuesday 26 May 2020

SERI KEMBANGAN - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes positif harian COVID-19 dijangka turun kepada satu angka pada pertengahan Mei ini.

“Ini berdasarkan kes positif harian dalam negara yang merekodkan jumlah dua angka sepanjang minggu lepas.”


Namun tegasnya, capaian kepada unjuran ini bergantung kepatuhan rakyat kepada norma-norma baharu yang diamalkan mereka sejak Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dikuatkuasakan.


"Kalau tidak ada keperluan di luar, duduk di rumah, itulah mesej kita. Sekarang ini duduk di rumah paling selamat, tidak dapat jangkitan dari seorang ke seorang,” ujarnya dalam sidang media hariannya mengenai COVID-19 di sini pada Rabu.


Menurutnya, kes kebolehjangkitan sekarang ini semakin berkurang.


“Kita harapkan kes ini dari 1,700 kini akan berkurang kepada 1,000 dan kemudiannya 500.”


Dalam perkembangan berkaitan, Data-Driven Innovation Laboratory, Singapura University of Technology & Design menjangkakan jangkitan pandemik COVID-19 di Malaysia dijangka akan tamat sepenuhnya pada awal Julai depan.


Berdasarkan data yang dibuat pada 26 April lalu, sebanyak 97 peratus jangkitan itu dapat dikawal pada 6 Mei manakala pada 20 Mei pula, wabak itu dikatakan akan dihapuskan sebanyak 99 peratus di negara ini.


Manakala data yang sama turut menunjukkan rata-rata negara di Eropah akan mengakhiri wabak tersebut antara Julai sehingga Oktober depan.


Sehingga kini, wabak yang didakwa berpunca daripada sebuah pasar basah di Wuhan pertama kali muncul pada bulan Disember tahun lalu telah menjangkiti lebih 3 juta orang di seluruh dunia.


Ketika ini, 185 negara telah dikesan menjangkiti wabak tersebut dengan jumlah kematian keseluruhan kini melebihi 200,000 orang.

Last modified on Thursday, 30 April 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!