wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 17 ذو القعدة 1441   |   Wednesday 08 July 2020


SERI KEMBANGAN - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap pertama dan kedua telah meratakan puncak lengkungan COVID-19 di negara ini seterusnya memasuki fasa pemulihan.

“Momentum tersebut perlu dikekalkan bagi memastikan kes positif akibat COVID-19 dapat dikawal dan dikurangkan dari masa ke masa,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Jelas beliau, kadar kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti turut mencatatkan pengurangan daripada RO 3.55 kepada kurang daripada satu.

 

Sementara itu, sebahagian daripada enam kriteria yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah berjaya dilaksanakan Malaysia sebelum menamatkan PKP.

 

“Antara kriteria yang telah dipenuhi adalah mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 selain kebolehjangkitan di negara ini dapat dikawal,” ujar beliau.

 

Beliau berkata, KKM berjaya kurangkan kebolehjangkitan dan memasukkan pesakit positif (bergejala ringan atau tidak bergejala) ke hospital untuk dirawat.



"Kami juga telah laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan pendekatan sasaran di kawasan yang mempunyai kadar jangkitan yang banyak bagi memastikan tiada penularan kes dalam kalangan komuniti.”

 

Menurutnya, kriteria lain juga telah dilakukan kerajaan bagi memutuskan rantaian jangkitan adalah melalui aspek kawalan persempadanan negara.

 

"Kriteria ini benar-benar dilakukan bagi memastikan kawalan tersebut terus diperketatkan kerana didapati wujud kes positif selepas mereka pulang dari luar negara.”

 

Jelas beliau lagi, kriteria ketiga pula adalah mencapai sistem kesihatan dan keupayaan untuk mengesan jangkitan termasuk kontak rapat selain melakukan proses kuarantin.

 

“Ini sekali gus menunjukkan keupayaan hospital dalam merawat COVID-19,” ujarnya.



Tambahnya lagi, kriteria keempat yang turut menjadi kejayaan Malaysia dalam memutuskan rantaian itu adalah dengan mengamalkan normal baharu seperti penjarakan sosial dan kerap mencuci tangan yang diambil setiap individu.



"Kita juga melihat tanggungjawab dan kerjasama komuniti untuk mengawal penularan wabak ini serta mengambil langkah positif dalam pencegahan untuk melindungi komuniti khususnya golongan berisiko tinggi.”

Last modified on Sunday, 26 April 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!