wrapper

Berita Terkini

الجمعة 18 ذو الحجّة 1441   |   Friday 07 August 2020

SERI KEMBANGAN - Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 36 kes positif COVID-19 baharu dikesan sehingga jam 12 tengah hari Isnin, menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 5,425 kes di negara ini.

"Angka itu merupakan jumlah kes terendah yang dicatatkan sejak 12 Mac lalu dan tiada pertambahan kes kematian dicatatkan sehingga jam 12 tengah hari, hari ini (Isnin) dengan jumlah kematian kekal sebanyak 89 kes setakat ini,” jelasnya.

 

Beliau berkata, ini merupakan bilangan kes harian yang paling rendah direkod setakat ini dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,041 kes.

 

"Sukacita dimaklumkan, daripada maklumat terkini yang telah dilaporkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), tiada sebarang kematian terbaharu setakat hari ini," ujarnya pada sidang media di Putrajaya pada Isnin.

 

Dalam pada itu, sebanyak 45 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 28 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

 

“Namun, jumlah kes baharu mungkin boleh meningkat kembali dalam tempoh dua minggu akan datang memandangkan aktiviti pengesanan kes masih giat dijalankan ketika ini.”

 

Menurutnya, aktiviti pengesanan kes sedang giat dijalankan terutama terhadap rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan di lokaliti yang terlibat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Last modified on Thursday, 23 April 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd