wrapper

Berita Terkini

الإثنين 14 ذو الحجّة 1441   |   Tuesday 04 August 2020

SERI KEMBANGAN - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan kajian terhadap ubat Tocilizumab bagi merawat pesakit COVID-19 bersama sebuah universiti tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berharap penyelidikan itu dapat memberi manfaat kepada pihaknya dalam mengekang pandemik COVID-19.

 

"Apa yang penting kita kena lihat cara menjalankan penyelidikan itu di empat hospital kalau tak silap saya dan kita harap mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara menjalankan penyelidikan," katanya pada sidang media harian berkaitan COVID-19 pada Ahad.

 

Menurut laporan media sebelum ini, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama tiga hospital kerajaan iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Jaafar Seremban akan memulakan ujian klinikal bagi mencari penawar COVID-19 pada pertengahan April.

 

“Ketiga-tiga ubat iaitu Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan pihaknya bagi merawat penyakit lain didapati berkesan untuk merawat pesakit positif COVID-19,” ujarnya sebelum ini.

 

Sebagaimana dilaporkan, kajian terhadap Tocilizumab yang sebelum ini dijadikan penawar bagi radang sendi atau artritis rheumatoid, akan tertumpu kepada perbandingan Tocilizumab secara intravena dengan dos tinggi corticosteroid pada 300 pesakit teruk COVID-19.

 

"Banyak kajian telah dilaksanakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan beberapa pertubuhan antarabangsa, jadi sama-sama kita harap dapat dipertemukan vaksin dalam tempoh setahun ini," jelasnya ketika ditanya mengenai perkembangan penghasilan vaksin COVID-19.

Last modified on Monday, 13 April 2020

1 Comment

  • Comment Link EntitoFof Friday, 17 July 2020 05:56 posted by EntitoFof

    Amoxicillin Eyes First Aid Invogs https://acialisd.com/# - Cialis nupinassesep Propecia Covered By Insurance Hair Loss Flenty viagra vs cialis Datintuimi Efectos De Cialis En La Mujer

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!