wrapper

Berita Terkini

الإثنين 14 ذو الحجّة 1441   |   Tuesday 04 August 2020


SERI KEMBANGAN - Hingga Rabu, kes sembuh pandemik COVID-19 di Malaysia terus meningkat dan mengatasi kes positif wabak itu untuk kali kedua.

Sebanyak 166 kes telah pulih dan menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 1,487 kes, manakala kes baharu dicatat sebanyak 156 kes.

 

“Jadi bilangan kes yang didiscaj pada hari ini melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Namun jelasnya, wabak COVID-19 ini juga turut meragut dua lagi nyawa menjadikan jumlah kematian sehingga Rabu meningkat kepada 65 mangsa.

 

“Dua kes kematian itu melibatkan seorang warganegara Malaysia dan Pakistan.”

 

Menurutnya, kes kematian ke-64 (kes ke-2,903) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 58 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis dan darah tinggi dan telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 7 April 2020 jam 3.20 petang.

 

“Manakala kes kematian ke-65 (kes ke 1906) melibatkan lelaki warganegara Pakistan berusia 69 tahun dan mempunyai masalah kesihatan serta mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan (tabligh) di Sri Petaling,” jelas Dr Noor Hisham.

 

Ia telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 8 April 2020 jam 9.30 pagi.

 

Dalam pada itu, jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 4,119 kes dan 76 daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 45 kes lainnya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Last modified on Thursday, 09 April 2020

1 Comment

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!