wrapper

Berita Terkini

الجمعة 18 ذو الحجّة 1441   |   Friday 07 August 2020

SERI KEMBANGAN - Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memasuki mod 'keras' dalam usaha memastikan masyarakat patuh kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Mulanya berlembut dan menasihati, selepas itu bertukar kepada tegas dan kini mod pihak polis adalah keras, jadi kita harap rakyat patuh (PKP)," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai PKP hari ini.

 

Walaupun sebelumnya, terdapat penurunan jumlah penahanan individu dalam pemeriksaan dan sekatan jalan raya ujarnya, namun masih ramai yang berdegil dalam mematuhi PKP.

 

"Jika 3.6 peratus trend penurunan ini menunjukkan pematuhan rakyat kepada perintah, maka ia adalah satu perkara yang baik dan sebenarnya ditunggu-tunggu pihak kerajaan kerana rakyat telah pun sedar tentang tanggungjawab mereka untuk mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan kerajaan.”

 

Menyentuh status pemeriksaan yang dikendalikan polis, 562 individu telah ditahan semalam berbanding 583 pada Selasa sekali gus menunjukkan terdapat penurunan dari segi tangkapan.

 

“Seramai 4,189 individu ditahan dengan 1,449 individu daripada mereka telah pun dituduh di mahkamah termasuk atas kesalahan mengganggu dan menghalang pihak berkuasa melaksanakan tugas,” ujarnya.

 

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, sebanyak 687 sekatan jalan raya telah dilaksanakan semalam melibatkan pemeriksaan terhadap 380,342 kenderaan selain pemeriksaan ke atas 3,791 premis perniagaan.

 

“Faktor jumlah individu yang tidak mematuhi PKP itu juga turut diambil kira sebelum sebarang keputusan untuk melanjutkannya dibuat kerajaan,” jelasnya ketika ditanya mengenai adakah kerajaan telah bersedia untuk melanjutkan PKP apabila tamat pada 14 April ini.

 

Menurutnya, perkara itu akan diteliti Kementerian Kesihatan terlebih dahulu dengan mengambil kira situasi semasa pada jumlah kes positif COVID-19.

 

"Alhamdulillah kalau kita lihat daripada laporan Kementerian Kesihatan trend dari segi jumlah positif tidak meningkat tetapi masih mendatar.”

 

Malaysia, buat pertama kalinya menguatkuasakan PKP pada 18 Mac lepas melanjutkan perintah kawalan itu sehingga 14 April dengan prosedur operasi yang lebih ketat, dalam usahanya memerangi wabak COVID-19, selepas fasa pertama berakhir pada 31 Mac lalu.

 

Selain itu, pelaksanaan PKP itu sebagai usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan dalam komuniti, antara lain menyaksikan penguatkuasaan sekatan perjalanan keluar dari negeri masing-masing termasuk ke luar negara, serta tiada aktiviti di rumah ibadat, sekolah dan institut pengajian tinggi.

Last modified on Thursday, 02 April 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!