wrapper

Berita Terkini

الجمعة 18 ذو الحجّة 1441   |   Friday 07 August 2020


SERI KEMBANGAN - Sehingga kini terdapat keseluruhan 2,359 orang sukarelawan yang telah menawarkan diri untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani penularan wabak COVID-19, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Mereka adalah daripada pelbagai kategori iaitu 65 pakar perubatan pelbagai bidang, 159 pegawai perubatan, 909 orang jururawat, 220 juruteknologi makmal perubatan, 704 penolong pegawai perubatan dan 106 orang juru X-ray.

 

Selain itu, mereka yang menawarkan diri termasuk 56 ahli fisioterapi, 70 pegawai sains (mikrobiologi), tujuh (7) pegawai farmasi, 44 penolong pegawai farmasi, 11 pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dua (2) pegawai psikologi dan enam (6) kaunselor.

 

"KKM sangat menghargai perkhidmatan sukarelawan kesihatan dan perubatan daripada pelbagai peringkat dan profesion dalam menangani penularan kejadian COVID-19 di Malaysia," kata beliau.

 

Dalam masa yang sama, jelasnya, KKM sedang dalam perbincangan dengan agensi pusat untuk segera memperhalusi mekanisme lantikan secara kontrak bagi pengamal profesion perubatan yang berhasrat untuk berkhidmat dengan KKM dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 ini.

 

"KKM sangat mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan dan mereka yang ingin berkhidmat dengan KKM untuk tampil menyertai pasukan bantuan kesihatan dan perubatan COVID-19," ujarnya.

 

Menurutnya, sukarelawan boleh dengan mengisi Borang Pendaftaran Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan dan Perubatan COVID-19.

 

Mereka yang ingin menyumbang di fasiliti kesihatan awam seperti di klinik kesihatan, pejabat kesihatan daerah, KLIA dan sebagainya, boleh mendaftar di pautan bit.ly/publichealth-vol sementara yang yang ingin berbakti di hospital KKM boleh daftar di bit.ly/hospital-vol.

 

Perkembangan wabak COVID-19 di Malaysia hari ini menyaksikan pertambahan 142 kes positif dengan jumlah keseluruhan 2,908 kes, pertambahan dua (2) kes kematian yang menjadikan kumulatif kes sebanyak 45 serta 108 kes telah pulih dan menjadikan jumlah discaj seramai 645 kes.

Last modified on Wednesday, 01 April 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd