wrapper

Berita Terkini

الإثنين 14 ذو الحجّة 1441   |   Tuesday 04 August 2020


SERI KEMBANGAN - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 April hingga 14 April 2020 merupakan tempoh yang amat penting.

"Kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.

 

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk duduk di rumah (‘stay at home’) sambil mengamalkan etika kebersihan diri misalnya kerap membasuh tangan dan jarakkan diri (sosial distancing) antara satu sama lain.

 

"Sekiranya mempunyai gejala, gunakan penutup hidung dan mulut," jelasnya.

 

Beliau menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan beberapa perkara sepanjang PKP Fasa 2.

 

"Makan secara sihat dengan menyediakan menu sihat dan seimbang. Kurangkan pengambilan gula, garam dan lemak, manakala lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran."

 

Beliau juga menasihatkan agar orang ramai menjalani gaya hidup yang aktif dengan melakukan aktiviti fizikal ataupun senaman ringan.

 

"Bagi mereka yang merokok, gunakan peluang ini untuk berhenti merokok. Bukan perokok pula boleh ‘speak out’ kepada ahli keluarga yang merokok agar semua bebas daripada bahaya rokok dan asap rokok," tambah Noor Hisham.

 

Beliau turut menyarankan supaya masyarakat dapat memupuk minda yang positif diri sendiri dan juga ahli keluarga.

 

"Amalkan teknik relaksasi yang betul dan tenangkan minda dalam menjalani kehidupan seharian," ujarnya.

 

Status terkini hingga jam 12.00 tengah hari pada hari ini menyaksikan pertambahan 140 kes baharu dengan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 sebanyak 2,766 kes.

 

Sehingga kini, terdapat pertambahan enam (6) kes kematian berkaitan COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 43 kes.

Last modified on Tuesday, 31 March 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!