wrapper

Berita Terkini

الإثنين 14 ذو الحجّة 1441   |   Tuesday 04 August 2020


SERI KEMBANGAN - Status terkini kes positif COVID-19 setakat tengah hari pada hari ini mencatat penambahan sebanyak 156 kes, namun kes pulih merupakan yang tertinggi dengan 91 kes sepanjang negara dilanda wabak ini, menurut laporan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Ada banyak (kluster) telah pulih dan dibenarkan pulang hari ini dan jumlah itu termasuk kumpulan tabligh," kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media perkembangan terkini COVID-19.


Bilangan tersebut jelasnya, menjadikan jumlah kumulatif pesakit COVID-19 yang telah pulih adalah 479 kes.

 

"Kes pulih merupakan 18.2 peratus daripada keseluruhan kes positif dan ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,626 kes.”

 

Dalam pada itu, seramai 94 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

"Daripada jumlah tersebut, 62 kes memerlukan bantuan pernafasan," ujar Noor Hisham.

 

Mengulas mengenai perkembangan terkini bayi berusia 12 hari yang dijangkiti COVID-19, beliau berkata, bayi berkenaan dalam pemantauan.

 

Seterusnya, beliau turut mengulas mengenai status kes kematian, iaitu pertambahan sebanyak tiga kes direkodkan boleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan.

 

"Kes kematian ke-35 merupakan kes ke-1,952 yang berumur 57 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.”

 

Wanita berkenaan menurutnya, mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia dan telah dirawat di Hospital Sungai Buloh serta disahkan meninggal dunia pada jam 4.00 petang semalam.

 

Manakala, kes kematian ke-36 melibatkan kes ke-1,941 yang merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun.

 

"Lelaki tersebut telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada jam 8.10 pagi hari ini," katanya.

 

Kes kematian ke-37 pula ujarnya, melibatkan wanita berumur 46 tahun mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit autoimun.

 

"Ia merupakan pesakit ke 2,471 yang telah dirawat di Hospital Miri, Sarawak dan disahkan meninggal dunia jam 9.02 pagi hari ini," katanya.

Last modified on Thursday, 02 April 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!