wrapper

Berita Terkini

الإثنين 14 ذو الحجّة 1441   |   Tuesday 04 August 2020

SERI KEMBANGAN - Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah berkata terdapat satu (1) kes Rabies dalam kalangan manusia yang baharu disahkan.

“Ia merupakan kes Rabies pertama yang dilaporkan pada tahun ini dan merupakan kes ke-23 bagi wabak Rabies Sarawak yang diisytiharkan sejak 31 Julai 2017.”

 

Kes ini adalah seorang kanak-kanak perempuan, warganegara Malaysia yang berumur lima (5) tahun yang tinggal di Bandar Sibu, Sarawak.

 

“Ia pernah diserang dan digigit oleh anjing liar pada 8 Mac 2020 di bahagian muka, mulut dan kelopak mata,” maklumnya juga memberitahu, kes Rabies terakhir yang dilaporkan di Sarawak adalah pada 8 November 2019 lalu.

 

Namun, luka gigitan tersebut tidak dicuci dengan aliran air bersih dan sabun sejurus selepas kejadian dan kemudiannya telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sibu pada hari yang sama.

 

“Ia telah mendapat suntikan vaksin anti-tetanus, suntikan Rabies Immunoglobulin (RIG) dan dua (2) dos suntikan vaksin anti-rabies semasa dirawat di Hospital Sibu. Pada 13 Mac 2020, kanak-kanak itu telah didiscaj dalam keadaan sihat.”

 

Pada 24 Mac 2020 lalu, ia telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di sebuah Klinik Komuniti di Bandar Sibu kerana demam dan seterusnya ke Hospital Sibu pada 25 Mac 2020 kerana sakit tekak dan sukar untuk menelan air serta sering berhalusinasi.

 

“Kanak-kanak tersebut telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut, tetapi keadaannya bertambah teruk dan telah disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya, yang mana punca kematian adalah disebabkan rabies encephalitis,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan.

 

Sebelumnya, pada 26 Mac 2020 sampel kanak-kanak tersebut telah diambil dan disahkan positif Rabies oleh Makmal Perubatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada semalam, 29 Mac 2020.

 

Anjing liar yang mengigitnya juga dilaporkan telah mati pada 10 Mac 2020 namun tiada sampel yang diambil.


“Justeru, KKM ingin menasihati orang awam agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan daripada penyakit rabies:

1. Cuci bahagian tubuh yang digigit anjing atau haiwan lain dengan air mengalir dan sabun selama 15 minit bagi menghilangkan kesan air liur;

 

2. Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital terdekat jika digigit oleh haiwan peliharaan yang agresif atau anjing liar;

 

3. Pastikan anjing peliharaan telah mendapat suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan ia bercampur dengan anjing atau haiwan liar;

 

4. Jika anjing atau kucing peliharaan didapati berubah tingkahlaku termasuk agresif, dapatkan rawatan segera di klinik haiwan dan laporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar berhampiran;

 

5. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal; dan

 

6. Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan mencuci tangan dengan betul menggunakan air dan sabun selepas menyentuh haiwan peliharaan."

 

Dalam pada itu, jelas Dr Noor Hisham, KKM dan JKN Sarawak komited dan akan mempertingkatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta agensi-agensi lain bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus Rabies dilaksanakan secara menyeluruh.

Last modified on Thursday, 02 April 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!