wrapper

Berita Terkini

الجمعة 18 ذو الحجّة 1441   |   Friday 07 August 2020

SERI KEMBANGAN - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal 'Multicenter Adaptive Solidarity trial - COVID-19' bagi mengkaji ubat Remdesivir (ubat antiviral).

"Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan menyediakan laluan 'expedited review' untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin.”

 

Bagi ubat Favipiravir, beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berusaha mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal.

 

“Dalam situasi pandemik COVID-19 ketika ini, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau malam tadi.

 

Sebelumnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bekalan ubat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/ Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain, boleh digunakan dalam rawatan COVID-19.

 

“Melalui semakan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jelasnya, mendapati tiga jenis ubat itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.”


Tambahnya lagi, bekalan ubat-ubatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan Remdesivir akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan COVID-19.

 

“Dalam situasi pandemik COVID-19 ketika ini, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM,” jelas Noor Hisham.

 

Pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans akan dijalankan oleh KKM bagi memastikan kualiti, keselamatan serta keberkesanan ubat-ubatan adalah terjamin demi kepentingan pesakit.

Last modified on Thursday, 02 April 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!