wrapper

Berita Terkini

الجمعة 25 ذو الحجّة 1441   |   Friday 14 August 2020


KUALA LUMPUR - Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berlanjutan hampir sebulan, beberapa inisiatif telah diumumkan kerajaan bagi meringankan beban rakyat termasuklah penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan.

“Pada hari Jumaat nanti saya akan umumkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas semalam.

 

Menurutnya, pegawai-pegawai di Kementerian Kewangan sedang bekerja bertungkus lumus menyediakan satu pakej rangsangan ekonomi yang akan memberikan manfaat kepada semua.

 

“Samada anda pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual burger, pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat. Insya-Allah, no one will be left behind.

 

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri turut memainkan peranan secara lebih proaktif untuk membantu para asnaf yang sedang menghadapi keadaan hidup yang agak lebih sukar pada masa ini.

 

“Berilah bantuan kepada mereka. Mungkin mereka yang sebelum ini tidak tersenarai sebagai asnaf, tetapi dalam keadaan ekonomi yang terjejas pada masa ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat,” sarannya.

 

Dalam mesyuarat kabinet hari ini, beliau telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menggerakkan jentera Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan bagi mengenal pasti golongan asnaf yang layak disalurkan bantuan zakat dengan kadar segera.

 

“Saya berharap pusat pungutan zakat di negeri-negeri lain juga dapat melakukan perkara yang sama.”

 

Selain itu, beliau turut menyeru semua pertubuhan kebajikan agar membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama dalam situasi yang menguji ini.

 

"Kesusahan yang mereka alami belum pernah terjadi. Dan saya percaya anda semua boleh melakukan sesuatu yang bermakna untuk meringankan beban mereka," ujarnya.

 

Sebagai Perdana Menteri, beliau turut mengakui bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan rakyat.

 

“Ini amanah yang saya pikul. Sebagai manusia saya tidak sempurna, tetapi saya berjanji akan melakukan yang terbaik. Insya-Allah, dengan izin Allah SWT, kita akan dapat bersama-sama mengharungi dugaan besar ini.”

Last modified on Thursday, 02 April 2020

1 Comment

  • Comment Link EntitoFof Tuesday, 07 July 2020 09:52 posted by EntitoFof

    Cialis E Ulcera Invogs https://acialisd.com/# - buy cialis daily online nupinassesep cout du cialis Flenty buy cialis online no prescription Datintuimi Comprar De Propecia

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd