wrapper

Berita Terkini

الأحد 5 شعبان 1441   |   Monday 30 March 2020

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin menyifatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu sedikit sebanyak telah berjaya mengawal penularan COVID-19.

"Dari satu segi, perintah kawalan pergerakan yang kita ambil telah sedikit sebanyak berjaya mengawal penularan wabak ini,” kata beliau ketika menyampaikan perutusan khas hari ini.

 

Dalam pada itu, beliau menyeru agar rakyat tidak terus berpuas hati dengan langkah-langkah yang telah diambil pada masa ini sehinggalah negara ini berjaya mencatatkan sifar kes baharu.

 

“Kerajaan menjangkakan kes-kes baharu akan terus dicatatkan dalam masa yang terdekat,” ujarnya.

 

Jelas beliau, Kementerian Kesihatan telah melakukan persiapan dan jika berlaku pertambahan jumlah kes positif COVID-19 melebihi kapasiti yang ada di hospital, beberapa tempat telah dikenal pasti untuk dijadikan pusat pengasingan dan kuarantin sementara.

 

Menurutnya, usaha-usaha akan terus dilakukan untuk mencegah penularan COVID-19 sehinggalah ia benar-benar dapat membendung wabak ini dengan cara memutuskan rantaian jangkitan sepenuhnya.

 

“Ini bermakna, pergerakan orang ramai mesti terus dikawal. Strategi kerajaan ialah untuk mencari, menyaring, mengasing dan merawat pesakit COVID-19,” ujarnya lagi.

 

Justeru, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan kapasiti untuk melakukan ujian saringan pada skala yang lebih besar. Ini termasuk melakukan 'mass testing' khususnya di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.

 

“Dengan kata lain, kita ingin mencegah jangkitan. Strategi ini akan berjaya sekiranya orang ramai tidak terdedah kepada jangkitan virus ini menerusi pergaulan harian.

 

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat agar bersedia secara mental dan fizikal untuk duduk di rumah bagi tempoh yang lebih lama.

 

Beliau turut mengumumkan dalam perutusan khas itu bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan dua mingga iaitu sehingga 14 April 2020.

Last modified on Wednesday, 25 March 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!