wrapper

Berita Terkini

الأحد 5 شعبان 1441   |   Monday 30 March 2020


PUTRAJAYA - Pengasuhan digital atau 'digital parenting' sangat penting bagi ibu bapa untuk mengawal penggunaan gajet anak-anak agar terhindar daripada kesan negatif seperti gejala pornografi, buli siber dan sebagainya.

"Ibu bapa perlu ada ilmu bagaimana untuk mengendalikan anak-anak dalam dunia digital," kata AJK Malaysians Against Pornography (MAP), Nik Fatma Amirah Nik Muhamad.

 

Tambahnya dalam Sembang Bernas 'Seimbang Untuk Sejahtera' sempena Hari Wanita Sedunia 2020, pengasuhan digital merupakan pola pendidikan yang baru kepada anak-anak bagi mewujudkan keseimbangan dalam penggunaan gajet.

 

Jelasnya, ia bertujuan menerapkan nilai-nilai diri yang kepada anak-anak semasa menggunakan gajet seperti jujur, amanah, menghormati orang lain, menjaga aurat dan sebagainya.

 

"Contohnya jujur dengan mak ayah, jika tertengok bahan lucah, kena beritahu mak ayah, mereka akan tutup gajet tersebut," ujarnya.

 

Menurutnya ibu bapa perlu mendidik anak-anak nilai menghormati orang lain di dunia siber seperti tidak melakukan buli siber, mencaci, memalukan orang, menghina dan lain-lain.

 

"Ibu bapa perlu ajar anak-anak penjagaan aurat, bukan fizikal saja tapi juga di dunia maya, jangan mudah nak kongsi gambar tidak tutup aurat, seksi," tegasnya.

 

Tambahnya lagi, ibu bapa perlu menjadi contoh dalam penggunaan gajet dan menunjukkan 'role model' yang baik dalam penggunaan media sosial.

 

Nik Fatma turut menggariskan tujuh langkah oleh ibu bapa dalam pengasuhan digital iaitu komunikasi yang jelas, menimba ilmu digital, 'parental control', peraturan penggunaan gajet, mengikuti media sosial anak-anak, 'explore' penggunaan gajet bersama-sama dan menjadi contoh baik dalam penggunaan digital.

 

Sesi Sembang Bernas di Alamanda, Putrajaya pada Khamis membincangkan peranan NGO seperti MAP, Suri Rumah Rahmah (SRR) dan Persatuan Penulis Isu-isu Wanita Nasional (PENAWAN) dalam mewujudkan keseimbangan dalam keluarga, kerjaya dan kehidupan ke arah kesejahteraan.

 

Selain Nik Fatma, panelis lain yang hadir ialah Pn Nurul Huda (Pengerusi SRR) dan Pn Ir Endok Sempo (Pengerusi PENAWAN) dengan moderator Prof Madya Dr Norhasmah Sulaiman, Timbalan Ketua Wanita IKRAM Selangor.

 

Video penuh Sembang Bernas: 'Seimbang Untuk Sejahtera': http://bit.ly/seimbang-sejahtera

Last modified on Saturday, 07 March 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!