wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 24 جمادى الثانية 1441   |   Wednesday 19 February 2020


KUALA LUMPUR - Persidangan Ketiga Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds (LP4Q) yang berakhir Ahad lalu meluluskan sembilan resolusi untuk menggerakkan usaha-usaha ahli Parlimen antarabangsa dalam menangani isu al-Quds dan Palestin.

Menurut anggota jawatankuasa eksekutif LP4Q, YB Syed Ibrahim Syed Noh, resolusi itu turut mengesahkan semula bahawa isu Palestin menjadi keutamaan seluruh negara Arab dan menekankan bahawa Baitulmaqdis Timur yang diduduki kekal sebagai ibu negara Palestin.

 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ledang akan turut mencadangkan satu usul berhubung isu Palestin dan ‘Deal of the Century’ pada sesi Parlimen yang akan datang.

 

Sembilan resolusi yang diluluskan dalam persidangan tersebut ialah:

 

1. Untuk meneruskan komitmen terhadap perjuangan Palestin, untuk mempertahankan hak-hak al-Quds dan seluruh tanah airnya dan untuk mendedahkan pelanggaran dan kekejaman yang dilakukan oleh Israel di semua peringkat.

 

2. Menyeru komuniti antarabangsa untuk meneruskan dan memenuhi kewajipan mereka yang termaktub oleh hak asasi manusia, norma dan nilai-nilai antarabangsa ke arah berakhirnya penjajahan, mengembalikan para pelarian dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat di keseluruhan tanahnya dengan al-Quds sebagai ibu kotanya.

 

3. Untuk menyeru Parlimen antarabangsa dan serantau untuk mengeluarkan peraturan yang mengutuk penjajahan, dan dasar perkauman dan kekejaman terhadap rakyat Palestin serta hak-haknya yang sah.

 

4. Menyeru organisasi antarabangsa dan badan-badan perundangan untuk berusaha sebaik mungkin bagi membebaskan semua tahanan Palestin dan segera membebaskan semua anggota Parlimen yang dipenjarakan.

 

5. Untuk menyeru negara-negara Islam agar memberikan komitmen kewangan mereka untuk dana al-Quds dan mendapatkan sokongan kewangan yang diperlukan untuk UNRWA (Agensi Kerja dan Bantuan PBB bagi Pelarian Palestin).

 

6. Untuk membentuk jawatankuasa khas untuk memantau dan mengikuti kekejaman dan pelanggaran Israel terhadap rakyat Palestin, dan untuk menjadikan semua fakta tersebut diterbitkan dalam media dan mengajukannya ke jawatankuasa parlimen dan institusi undang-undang di seluruh dunia.

 

7. Mengeluarkan pengisytiharan antarabangsa atas nama persidangan yang mengesahkan pendirian hak rakyat Palestin, dan menuntut berakhirnya penjajahan dan segala jenis pencerobohan dan pembahagian di Palestin dan dunia.

 

8. Bekerja ke arah pelaksanaan hasil persidangan mengenai strategi untuk mengakhiri penjajahan.

 

9. Menghargai dan menghormati semua masyarakat Arab dan Muslim serta negara-negara yang bebas di dunia kerana sikap yang tegas menyatakan solidariti yang berterusan terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk mencapai hak-hak sejarah mereka.

 

Dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, persidangan antarabangsa yang julung kali berlangsung di Malaysia itu telah dihadiri lebih 300 Ahli Parlimen dari 40 buah negara merangkumi Asia Barat, Eropah, Amerika Latin, Afrika dan Asia Pasifik.

 

Sesi ucapan wakil negara, forum dan diskusi berkumpulan mengikut rantau mewarnai dua hari persidangan yang memperlihatkan kesedaran dan sokongan padu ahli-ahli Parlimen untuk mempertahankan al-Quds dan Palestin dalam pelbagai strategi, bentuk dan usaha selari dengan tema ‘Towards Strategy for Defending Al-Quds’.

 

Persidangan itu juga menyaksikan pemilihan barisan jawatankuasa eksekutif LP4Q untuk penggal kedua (2020-2024) yang mana Sheikh Hamid Abdullah al-Ahmar sekali lagi dipilih sebagai presiden liga.

 

Sementara itu, Dr Nureddin Nebati dari Turki dan Dr Fadli Zon dari Indonesia telah dipilih sebagai Naib Presiden. Presiden pula akan melantik 13 anggota eksekutif baharu.

 

Persidangan ditutup secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diikuti dengan majlis makan malam perpisahan yang dihoskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Last modified on Tuesday, 11 February 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!