wrapper

Berita Terkini

الأحد 9 ربيع الأوّل 1442   |   Monday 26 October 2020

GOMBAK - Projek kebun komuniti di perkarangan Dewan Orang Ramai Batu 9, Gombak Utara berjaya meraih tempat kedua Kebun Komuniti Terbaik Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2019 di samping memenangi kategori Plot Terbaik (plot tanaman Roselle) pada 14 Januari lalu.

Kebun Komuniti Batu 9 ini merupakan projek kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Kawasan Gombak, Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 1 MPS, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gombak Utara dan masyarakat tempatan.

"Perkarangan Dewan Orang Ramai Batu 9 dipilih sebagai lokasi kebun komuniti kerana kemudahcapaiannya pada warga Gombak Utara.

"Dengan itu, ia diharap menjadi contoh pusat aktiviti bercucuk tanam yang dapat menggalakkan aktiviti ini di sekitar Gombak Utara," kata Setiausaha Kebun Komuniti Batu 9, Pn Noriah Idris.

Tambah beliau, projek ini juga dapat menjadi riadah dan mengeratkan warga Gombak Utara dan memacu ekonomi penduduk dengan menjadi pusat belian dan jualan hasil cucuk tanam.

Projek yang bermula pada Julai tahun lalu dimulakan dengan perkongsian teori dan praktikal tentang pertanian organik oleh konsultan penanaman organik, Hj Hud Sulaiman daripada MISA Agroecology Centre.

"Selain daripada bekerjasama bergilir untuk menyiram benih dan pokok, menyembur baja dan ubat jangkitan, kami akan bertemu seminggu sekali sama ada Sabtu atau Ahad untuk aktiviti kebun," sambung Noriah.

Jelasnya, antara aktiviti tersebut ialah membuat campuran tanah, menyemai benih, memindahkan benih yang sudah tumbuh ke polibeg atau terus ke plot tanaman, menuai tanaman dan sebagainya.

Menariknya di kebun ini terdapat lebih kelulut yang membuat sarang.

"Encik Zainuddin Yahya, Ketua Kebun Komuniti yang berpengalaman mengusahakan ternakan kelulut telah membina beberapa rumah kelulut agar dapat meraih hasil madu kelulut di masa hadapan," ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ADUN Gombak Setia, YB Muhammad Hilman Idham, Penasihat projek, Pn Norridah A Wahab (Ahli Majlis JKP Zon 1), Pengerusi projek, Tn Ahmad Farizal bin Manaff (Pengerusi MPKK Gombak Utara), ahli-ahli IKRAM Gombak dan para peserta yang memberikan sokongan seterusnya menjayakan projek kebun komuniti ini.

"Usaha ini akan diteruskan untuk menjadikan Kebun Komuniti Batu 9 sebagai kebun komuniti contoh yang mengutamakan penanaman organik, mengeratkan silaturahim dan menjadi pusat menjana ekonomi untuk masyarakat setempat."

Last modified on Thursday, 30 January 2020

2 Comments

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!