wrapper

Berita Terkini

الجمعة 13 ذو القعدة 1441   |   Saturday 04 July 2020


KUALA LUMPUR - "Saya tidak fikir belajar Jawi itu akan menukarkan agama, fahaman ataupun prinsip seseorang itu," kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan, Dr Habibah Abdul Rahim dalam 'Forum Jawi: Saling Memahami' semalam di KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) di sini.

Tambahnya, ia adalah untuk belajar sesuatu bahasa dari segi tulisan dan untuk menghargai kesenian tulisan bahasa tersebut.

 

"Ia cuma dari segi bila kita belajar sesuatu bahasa, ada aspek keseniannya.

 

"Selain tulisan Jawi, kita juga ada pantun, sajak, menyanyi, bercerita, berlakon dan lain-lain bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu," jelasnya.

 

Menurut beliau, ini bukanlah satu perkara yang unik bagi Bahasa Melayu kerana dalam kurikulum pendidikan juga ada pembelajaran bahasa Jepun dan bahasa Korea yang mempunyai kaligrafinya sendiri.

 

"Inilah yang kita ingin perkenalkan dalam Bahasa Melayu supaya boleh memahami dari segi seni warisan dan sejarah yang agak unik bagi Bahasa Melayu sebab ia boleh dalam dua tulisan, iaitu dalam Rumi dan juga Jawi," ujarnya.

 

Tetapi, kata Dr Habibah, apabila diambil kira kerisauan isu-isu yang timbul, maka timbul satu cadangan untuk menukarkannya daripada khat kepada pengenalan tulisan Jawi.

 

"Dan (tukar) daripada simpulan bahasa kepada objek-objek yang kita boleh lihat dalam kehidupan kita seharian," jelasnya lagi sambil memberikan contoh untuk Tahun 4 iaitu setem, wang kertas dan Jata Negara yang mempunyai tulisan Jawi.

 

Katanya, melalui pengenalan tulisan Jawi ini, murid-murid akan sedar bahawa ini adalah satu seni dan warisan negara dan beliau percaya, ia amat penting khususnya dalam kalangan murid yang akan menjadi generasi akan datang untuk mengetahui tentang warisan ini.

 

Beliau menambah, kurikulum ini telah pun digubal oleh satu panel pakar yang terdiri daripada pensyarah universiti, pensyarah IPG serta guru pakar dan turut dibantu oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

 

"Kita juga ada engagement (libat urus) dengan pakar-pakar termasuklah NUTP (kesatuan guru) sendiri dari segi kurikulum tersebut dan bagaimana bentuk dokumen standard."

 

Jelasnya, setelah digubal, kurikulum kemudiannya diuji rintis di sekolah-sekolah termasuklah SK dan juga SJK (Cina) dan SJK (Tamil).

 

"Semasa uji rintis itu, tidak ada yang membantah, malahan kita dapati guru-guru dan murid seronok bila ada perkara baru yang diperkenalkan dalam kurikulum tersebut," katanya.

 

Beliau turut menjelaskan bahawa pada asalnya, kabinet telah memutuskan bahawa pengenalan tulisan Jawi di sekolah akan dilaksanakan secara pilihan oleh PIBG, ibu bapa dan murid.

 

Mengenai desakan supaya Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) juga turut terlibat dalam pelaksanaan tersebut, menurutnya, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan tersebut dan kabinet akan buat keputusan tentang perkara itu.

 

Selain Dr Habibah, forum anjuran Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) itu turut menampilkan panelis Ng Chai Heng (Setiausaha Dong Zong), K. Arumugam (Presiden Tamil Foundation ), Hj Badlishah Sham Baharin (Timbalan Presiden IKRAM), Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM) dan Isabella Pek (Exco KLSCAH) serta moderator Nathaniel Tan.

Last modified on Friday, 27 December 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!