wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 5 صفر 1442   |   Wednesday 23 September 2020


KUALA LUMPUR - Majlis Taklimat Tarbiah IKRAM MUSLEH 2019 telah berlangsung pada Rabu, 11 Disember lalu di Wisma Sejarah di sini, dihadiri oleh para pengurus tarbiah, para pendidik dan kakitangan sekolah-sekolah rangkaian dan rakan IKRAM MUSLEH seluruh negara.

Taklimat tersebut dimulakan dengan perkongsian daripada konsultan pendidikan IKRAM MUSLEH, Syeikh Mohamed Hamed Eliwa tentang kepentingan membangunkan diri dan mentarbiah yang lain.

“Sebagai guru, kita mesti ada usaha untuk membangunkan diri dari segenap aspek supaya kita mampu untuk mentarbiah orang lain. Inilah yang dinamakan sebagai tarbiah dzatiyyah,” katanya.

Tambahnya lagi, ia bukanlah daripada aspek dalaman sahaja bahkan semua aspek luaran termasuk tingkah laku dan amalannya sendiri.

Menurutnya, dalam surah Ali Imran ayat 164, kalimah ‘mengajarkan’ dan ‘menyucikan diri’ dalam ayat itu adalah dalam bentuk ‘present tense’ yang bermaksud sedang berlaku atau berterusan.

“Maka atas sebab itulah para pendidik perlu terlebih dahulu membina dan menanam ciri-ciri tarbawi yang ingin dibina dalam diri murid ke dalam dirinya secara berterusan,” jelasnya.

Beliau turut menggariskan beberapa kaedah penting untuk mendidik murid-murid supaya mereka juga ada rasa tanggungjawab untuk membangunkan diri mereka antaranya qudwah hasanah (teladan yang baik).

“Murid-murid perlu lihat pada gurunya sifat-sifat itu terlebih dahulu,” kata Syeikh Hamed lagi.

Menurutnya, 10 ciri peribadi Muslim (muwasofat tarbiah) yang ingin dibina perlu terlebih dahulu dipraktikkan oleh para murabbi dan pendidik.

“Kerana apa? Sebab sesuatu perbuatan itu, walaupun ia tidak elok, tetapi apabila guru buat, maka murid-murid akan ikut dan sesuatu perbuatan itu, walaupun ia baik, tetapi apabila guru tidak buat, maka murid-murid takkan buat,” ujar beliau.

Majlis turut diserikan dengan perkongsian seorang pengamat sejarah, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor yang bertajuk ‘Penyebaran Islam di Nusantara: Durus wa ‘Ibar Tarbawi dan Dakwah’.

Kemudiannya, Ketua Pegawai Eksekutif ARBA Travel & Tours Sdn Bhd, Sdr Ammar Roslizar, seorang tokoh usahawan muda yang juga alumni sekolah IKRAM MUSLEH telah berkongsi mengenai proses pentarbiahan bagi menjayakan projek ekonomi ummah.

Turut hadir dalam majlis tahunan berkenaan ialah Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH merangkap Ketua Unit Tarbiah IKRAM MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan Ustaz Abdul Muhaimin Mohd Shahar sebagai penterjemah.

Sumber: IKRAM MUSLEH

Last modified on Friday, 13 December 2019

1 Comment

  • Comment Link Jannade Wednesday, 01 April 2020 13:54 posted by Jannade

    Acquistare Cialis Tadalafil buy cialis online reddit Comprar Cialis Sin Receta En Madrid Cialis Amoxicillin Cap 500mg

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!