wrapper

Berita Terkini

السبت 17 ربيع الثاني 1441   |   Saturday 14 December 2019


GUA MUSANG - Pemimpin masyarakat orang asli di Gua Musang menggesa kerajaan negeri Kelantan mempertimbangkan tuntutan berkaitan tanah adat.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Wilayah Tanah Adat Pos Simpor, Nur Mohd Syafiq Dendi berkata, mereka mahukan perubahan yang jelas daripada pihak kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu ini.

“Sepatutnya kerajaan negeri dengan rendah hati cuba mencari jalan penyelesaian berkaitan tanah adat bukannya menekan masyarakat kami, orang asli.”

“Mereka juga tidak sewajarnya memperlekehkan perjuangan kami,” tambahnya.

Menjawab kenyataan Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato' Takiyuddin Hassan dalam laporan Malaysiakini baru-baru ini, Syafiq berkata kerajaan negeri tidak ada kesungguhan dalam menyelesaikan isu tersebut.

“Jelas di situ kerajaan tidak ada kesungguhan, berkata dengan jelas tentang tanah adat,” katanya ketika ditemui.

“Mereka tidak pernah datang, tidak pernah berunding, bermesra dengan orang asli mencari penyelesaian.”

Dalam laporan itu, Takiyuddin turut menyebut bahawa tindakan orang asli menuntut tanah tersebut selepas dipertahankan NGO tertentu.

“Itu dianggap menghina terhadap maruah dan martabat kaum orang asli sedangkan kami masyarakat orang asli sudah bertahun lamanya kerajaan menafikan hak kami,” katanya.

Sebelum itu, Syafiq bersama 220 Orang Asli suku Temiar berhimpun berhampiran Kompleks Jabatan Perdana Menteri untuk menemui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pertemuan yang melibatkan lima orang wakil masyarakat orang asli bersama Tun Dr Mahathir bertujuan menggesa kerajaan persekutuan campur tangan menyelesaikan isu pencerobohan tanah mereka.

Tun Dr Mahathir berkata, kerajaan persekutan bersimpati dengan nasib orang asli dan berjanji akan berunding dengan kerajaan negeri Kelantan bagi menyelesaikan isu ini.

“Kuasa itu ada pada kerajaan negeri, jadi kita kena tentukan tindakan kita mengikut undang-undang,” kata beliau.

Last modified on Wednesday, 15 August 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!