wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 4 جمادى الثانية 1441   |   Wednesday 29 January 2020


Minggu lepas, saya berjumpa dengan klien autisme saya yang sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti. Seperti biasa, saya akan menjalankan intervensi dengan klien, kemudian bertemu dengan ibunya yang sentiasa menemani anaknya ke mana jua.

Saya kira hubungan saya dengan ibunya agak rapat kerana telah bertemu dengan klien sejak beliau di bangku sekolah menengah lagi. Hubungan kami terputus sejak saya belajar di Jepun dan kini setelah dua tahun, saya menemuinya kembali.

Kali ini klien saya sangat ceria, dia tidak nampak murung dan memberi kerjasama yang cukup baik dalam intervensi. Apabila bertemu ibunya, saya dapati beliau juga sangat ceria. Tak sabar dirinya ingin menceritakan progres klien dan beliau sendiri dalam hidupnya.

Antara yang hati saya berbunga-bunga nak kongsikan ialah beberapa minggu sebelum itu, ibunya menerima panggilan telefon daripada pihak universiti klien.

Tiba-tiba diberitahu (kerana klien OKU), dia ditawarkan biasiswa, sebelum ini mereka belanja sendiri. Bukan itu sahaja, klien juga dibenarkan untuk belajar sehingga bila-bila masa, tiada had yang ditetapkan pihak universiti ke atas dirinya kerana dia seorang OKU.

Ibunya diberitahu, ini kerana Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik sangat mengambil berat tentang warga OKU dan ingin memudahkan mereka.

Berita tersebut, walaupun bunyinya seperti tiada apa-apa yang mengejutkan buat saya... namun bagi ibu kepada klien saya, ia mengubah terlalu banyak perkara.

Kalau dahulu, dia sangat tertekan kerana bimbang anaknya gagal, bimbang tidak dapat habis belajar dalam masa yang diperuntukkan. Oleh itu, tanpa disedari, anak juga diberi tekanan, selain dia juga rasa tertekan dengan bilangan subjek yang tidak mampu dibawanya pada setiap semester.

Seusai mendapat berita ini, hilanglah tekanan ibu. Tekanan darahnya menurun secara drastik. Dia mampu mengawal perasaan dan dapat bertindak secara tenang yang memberi kesan besar kepada semua ahli keluarganya terutama kepada klien. Klien juga didapati lebih mudah belajar serta nampak senang sekali dalam sesi. Keceriaannya sangat ketara.

Saya mahu menekankan perkara ini:

1. Perubahan di tahap makro sangat penting buat keluarga OKU, termasuk keluarga autisme.

Kajian mendapati ibu bapa kepada anak autisme lebih tertekan berbanding ibu bapa kepada anak-anak penyakit kurang upaya yang lain seperti ADHD, Down Syndrome dan 'intellectual disability'.

2. Intervensi terhadap ibu bapa anak-anak yang menghidapi kecelaruan perkembangan neuro sangat penting kerana apabila mereka sihat dan apabila mereka mempelajari kemahiran untuk mengurus anak-anak mereka, anak-anak mereka akan jauh lebih sihat.

Berita baik ini sangat menggembirakan saya. Semoga lebih ramai keluarga dapat dibantu dengan perubahan polisi terhadap warga OKU. Semoga Tuhan mengganjari semua ibu bapa anak-anak OKU dengan sebaik-baik ganjaran atas ketabahan, kekuatan jiwa mereka membesarkan insan-insan syurga.

Penulis, Dr Nadzirah binti Basri merupakan pensyarah psikologi klinikal, Jabatan Psikiatri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Last modified on Friday, 13 December 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!