wrapper

Berita Terkini

الجمعة 25 ذو الحجّة 1441   |   Saturday 15 August 2020

Pada 6 Disember yang lalu, sepasang suami isteri telah datang ke ibu pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Mereka merupakan Ahli Lembaga kepada sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh beliau dan anak-anak sebagai salah satu usaha untuk membantu masyarakat.

Mereka hadir untuk menyalurkan sumbangan kepada aktiviti masyarakat yang dijalankan oleh IKRAM. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Yayasan IKRAM Malaysia, IKRAM Kawasan Sepang dan IKRAM Kawasan Serdang antara yang menerima sumbangan daripada mereka pada hari tersebut.

“Apa yang kami berikan ini adalah sebahagian kecil sumbangan. Saya akui lebih banyak sumbangan yang diperlukan oleh IKRAM melalui institusi dan agensinya untuk membantu masyarakat di dalam dan luar negara.

"Saya yakin lebih ramai lagi individu, yayasan, mahupun badan korporat yang boleh menyumbang bukan sahaja melalui IKRAM, bahkan kepada pertubuhan, NGO lain yang turut memainkan peranan bagi membantu masyarakat yang memerlukan sumbangan kita,” ujar Haji Idris Omar dan isteri beliau, Hjh Maziyah Hassan.

Pada hujung tahun, sememangnya banyak bantuan yang akan disalurkan oleh IKRAM sama ada oleh cawangannya ataupun institusinya.

MyCARE saban tahun akan membantu umat Islam di luar negara yang memerlukan bantuan dan perlindungan pada musim sejuk seperti Syria, manakala Yayasan IKRAM pula membantu masyarakat dalam negara menghadapi musim tengkujuh, bersiap siaga membantu mangsa banjir.

Dalam pada itu juga, Yayasan IKRAM Malaysia turut menumpukan bantuan kembali ke sekolah (Back2School) kepada pelajar yang memerlukan.

“Sehingga kini lebih RM100 juta sumbangan orang ramai telah disalurkan ke tempat-tempat yang memerlukan di 25 buah negara,” ujar Dr Mohd Tahir Abdul Rahman yang mewakili MyCARE ketika menerima sumbangan.

“Di Temerloh, alhamdulillah kami kumpulan yang pertama sampai di sebuah kawasan yang telah terkepung dengan banjir.

"i-Bantu sebuah unit di bawah Yayasan IKRAM Malaysia telah memberikan sedikit bantuan dan memaklumkan kepada pihak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) keadaan di situ. Kemudian bantuan diberikan oleh pihak JKM melalui maklumat yang kami berikan,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan IKRAM Malaysia, Hj Kamsani Nasir.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh IKRAM dalam memberikan khidmat kepada masyarakat di dalam mahupun di luar negara.

Dengan wawasan membina Negara Rahmah, ahli-ahlinya dan institusi di bawahnya terus menerus menghulurkan tenaga, wang ringgit tanpa mengenal batas bangsa dan agama di mana sahaja yang dibolehkan dan diperlukan.

Semoga dengan bantuan ini, IKRAM dapat membantu masyarakat dunia umumnya dan Malaysia khususnya, hidup dalam selesa, aman, harmoni, disantuni dan merasai kesan RAHMAT melalui ISLAM yang dibawa.

Penulis: Siti Hamisah Manan

Last modified on Friday, 13 December 2019

2 Comments

  • Comment Link Jannade Sunday, 29 March 2020 18:45 posted by Jannade

    Propecia Concierto Cialis Cialis 36 Horas Cialis Amoxicillin Images

  • Comment Link EntitoFof Friday, 03 July 2020 13:12 posted by EntitoFof

    Cialis Acheter Pas Cher https://cheapcialisll.com/ - Cheap Cialis no rx tadalafil best price cialis generic cost Priligy Generic

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd