wrapper

Berita Terkini

الخميس 12 ذو القعدة 1441   |   Thursday 02 July 2020

MAP - Sayangi Diri Hiasi Peribadi

 

Khamis 10/8/2017 @ Sekolah Rendah Islam Aman Machang

Alhamdulillah pada 10hb Ogos, team MAP Kelantan yang diwakili oleh Pn Nurhafiza telah diberi peluang untuk menyantuni anak-anak Sekolah Rendah Islam Aman Machang.

Peserta seramai 20 org semuanya terdiri daripada pelajar perempuan darjah 4-6.

Tema program adalah 'Sayangi Diri Hiasi Peribadi'. Program yang berlangsung selama sejam setengah menyentuh tentang 'Ada Apa Dengan Baligh' dan selitkan dengan beberapa video - Tujuan Hidup, Kerosakan Otak Akibat Pornografi, Sentuhan Selamat & Tak Selamat, nasyid Anak Soleh (Aeman).

Mereka sangat teruja dengan video-video dan juga tadabbur ayat-ayat AlQuran yg berkaitan dengan penjagaan diri,jangan hampiri zina, buat baik kepada ibubapa dan tujuan hidup.
Ada juga kuiz di akhir program yang membuatkan mereka sangat teruja.

Semoga penyampaian tadi berbekas di hati dan memberi kesan dalam kehidupan adik2.

Jika ada sekolah2 atau masjid2 atau pertubuhan2 yang memerlukan khidmat penerangan dan bengkel MAP sila hubungi JK Pembangunan dan Pembelaan Kanak2 , Dr Fatimah AzZahraa Dinsuhaimi di talian +60174252929

Wanita IKRAM Negeri Kelanta

Read more...

Daurah Tajwid Mendekatkan Para Peserta Dengan AlQuran

Daurah Tajwid Tarbiah Kelantan

Alhamdulillah pada 16 Januari 2016 telah berlangsung Daurah Tajwid siri pertama yang mengajak para peserta untuk terus terikat dengan AlQuran. Kesedaran untuk terus meningkatkan diri dalam penguasaan AlQuran menjadi objektif peserta yang hadir. Seramai lebih 50 orang peserta mendapat bimbingan tentang ilmu tajwid oleh Ustaz Azizee Rohim bin Japri, Pengerusi Tarbiah IKRAM Kota Bharu.
 
Antara yg telah dipelajari dari daurah ini diantaranya adalah 
1- maksud tajwid
2- keperluan mempelajari tajwid
3- pembahagian ilmu tajwid
4. Sejarah dan Sanad bacaan AlQuran
 
Setelah itu peserta berbincang dalam kumpulan tentang perlunya kita bersama AlQuran dan bagaimana kita boleh bersama AlQuran. Para peserta menyatakan bahawa mereka perlu terus mempelajari dan mendalami ilmu ini sehingga mereka boleh mengamalkan dan boleh menyampaikan kepada orang lain.
 
Pada akhir sesi.. para peserta diuji dengan soalan2 mengenai ilmu yang dipelajari dalam daurah pada kali ini. Hadiah yang disediakan terus memberikan motivasi kepada peserta untuk menyingkap kembali helaian nota yang ditulis dan terus menjawab soalan2 yang diberi.
 
Alhamdulillah Daurah Tajwid hari ini berlangsung dengan banyak ilmu yang dipelajari dalam suasana yang menyeronokan. Semoga semua peserta beroleh manfaat drp daurah yang dihadiri.. ameen
Read more...

Buletin IKRAM Kelantan

ramadhan buletin

 

SILA KLIK UNTUK DOWNLOAD

Read more...

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd