- Sunday, 06 December 2015
- IKRAM Wilayah
At-Taghabun: Perisai Menghadapi Fitnah Dunia
Ahad, 6 Disember 2015 - Telah berlangsung program Bicara Pagi yang bertajuk "Bekalan Menghadapi Fitnah Dunia - Tadabbur dari Kacamata Surah At Taghabun" di Surau Darul Falah, Taman Berjaya, Gombak.
Slot yang bermanfaat yang dihadiri oleh 40 orang ini disampaikan oleh Ustazah Dr Sofia Shamsuddin, pensyarah Kulliyyah Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.
Read more...- Saturday, 12 December 2015
- IKRAM Wilayah
Kuasai Media Sosial, Perkasakan Dakwah
Sabtu, 12 Disember 2015 - Seramai enam orang delegasi IKRAM Daerah Batu telah menghadiri Seminar Media Sosial yang bertempat di Pejabat IKRAM Putrajaya. Mereka ialah Akmal Fadhil bin Ahmad Fuad yang mewakili aktiviti belia dan urusetia, Abdul Salihin dan Wan Muhammad Hidayatullah yang mewakili aktiviti remaja, Nik Aishah Nik Hitam dan Dr. Musyirah Hanan Zulkarnain yang mewakili aktiviti wanita dan Syafiq Khairuddin yang mewakili aktiviti mahasiswa.
Read more...- Sunday, 13 December 2015
- IKRAM Wilayah
IKRAM Batu Terima Kunjungan UNIKOP
Isnin, 13 Dis 2015 - Hari ini pejabat IKRAM Daerah Batu menerima tetamu dari Kelab Rakan Surau UNIKOP (Karisma) pada waktu tengahari dan sebelah petang dikunjungi pula oleh bahagian HEP Kolej UNIKOP Koperasi Polis.
Read more...- Tuesday, 22 December 2015
- IKRAM Wilayah
Kerjasama IKRAM UNIKOP Gerakkan Usrah Mahasiswa
Selasa, 22 Dis 2015 - Majlis Perasmian Usrah di Kolej UNIKOP anjuran bersama IKRAM Daerah Batu dan Kelab Rakan Surau (Karisma) Kolej UNIKOP telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Kolej UNIKOP En Muhammad Islahudin Abdullah. Dalam ucapan perasmiannya, En Islahudin mengimbau kembali pengalaman beliau mengikuti usrah semasa di alam persekolahan dan natijah usrah itu dapat dirasai sehingga 20 tahun selepas itu. Beliau menyambut baik usaha ini dan mengucapkan terima kasih kepada IKRAM Daerah Batu yang sudi berkerjasama dengan Kolej UNIKOP untuk menggerakkan usrah di UNIKOP.
Read more...