wrapper

Berita Terkini

الجمعة 18 ذو الحجّة 1441   |   Friday 07 August 2020

Lebih 200 hadiri MPN IKRAM Johor

PONTIAN, 23 April 2016 - Lebih 200 orang perwakilan dan pemerhati menghadiri Majlis Perwakilan Negeri (MPN) Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor dekat sini pada hari ini.

Bertempat di Auditorium Sekolah Tinggi Cina Pei Chun, Pontian Besar, majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua IKRAM Negeri Johor, Ust. Dr. Ajmain Safar mewakili Naib Presiden IKRAM, Ust. Burhanuddin Lukman yang tidak dapat hadir.

Dalam ucapan yang dibacakan Ust. Dr. Ajmain, Ust. Burhanuddin menegaskan kembali tentang misi dan visi IKRAM untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara rahmah yang menuntut setiap ahli IKRAM untuk melakukan penambahbaikan berterusan dalam setiap gerak kerja yang dilakukan. Beliau juga melaporkan perkembangan-perkembangan terkini dalam IKRAM dari sudut keahlian, kewangan serta perancangan strategik dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi ke arah mencapai misi dan visi yang digariskan.

Menurut perlembagaan IKRAM, MPN merupakan majlis yang berperanan memantau perlaksanaan dasar dan perancangan utama IKRAM pada peringkat negeri. Selain itu, MPN juga berfungsi sebagai medan pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Negeri (JKN) yang merupakan barisan kepimpinan IKRAM di peringkat negeri.
Dalam sesi pemilihan pada MPN kali ini, barisan kepimpinan berikut telah terpilih untuk memimpin perjalanan IKRAM Negeri Johor bagi sesi 2016-2018:

Yang Dipertua: Ust Dr Ajmain Safar
Timbalan Yang Dipertua:Hj Mokri Sabran
Ketua Wanita: Hjh Sabariah Manshor
Setiausaha: Hj Aminuddin Alias
Penolong Setiausaha: Ahmad Daniel Sharudin
Bendahari: Hj Abd Razak Jambari

Ahli-ahli Jawatankuasa:
1. Ust Mohamed Hairozi Mohamed
2. Dr Md Zin Kandar
3. Dr Mohamed Wijayanuddin Ali
4. Dr Zulkifli Khair
5. Dato Dr Norzam Darmin
6. Hj Hassan Hushin
7. Ramlee Mamat
8. Hj Zamani Md Zain

Pengerusi Tetap: Hj Yusuf Suratman
Timbalan Pengerusi Tetap: Dr Nordin Yahya
Pemeriksa Kira-kira 1: Hj Kusaini Kandar
Pemeriksa Kira2 2: Hj Zaidon Rais

Selain dari nama-nama yang terpilih di atas, tujuh lagi Ahli JKN akan dilantik dalam mesyuarat JKN.

mpn1

Dalam majlis yang sama, Ust. Dr. Ajmain menyampaikan kad nama IKRAM sebagai simbolik penyerahan tugas kepada semua Yang Dipertua IKRAM Daerah-daerah serta Ketua-ketua Wanita IKRAM Daerah sesi 2016-2018. Kad-kad nama berkenaan ditaja oleh Amani Printing.

Read more...

Ekspo Kemanusiaan Buka Ruang Interaksi Positif Pelbagai Kaum

KULAI, 1 April 2016 - Isu kemanusiaan adalah isu sejagat. Ia 'buta' warna. Kemanusiaan tidak mengenal bangsa dan agama. Asal sahaja seaorang itu ditimpa musibah atau di dalam kesusahan, manusia lain wajib membantu tanpa bertanya dahulu mereka bangsa apa atau agama apa.Begitulah seharusnya kefahaman mengenai ISU KEMANUSIAAN yang cuba diketangahkan oleh MyCARE (Humanitarian Care Malaysia). Bermula dari itu, maka MyCARE menganjurkan Ekspo Kemanusiaan yang bermula di Econsave Kulai pada 1-3 April 2014.

Ekspo Kemanusiaan MyCARE mengandungi pelbagai aktiviti yang meliputi pameran, tayangan video, edaran bahan-bahan kempen, jualan buku, cenderamata dan sebagainya. Aktiviti kanak-kanak turut dijalankan seperti games, jigsaw puzzle, wheel of fortune, peraduan mewarna dan sebagainya. Di antara tajuk-tajuk pameran dan tayangan video ialah;

- Isu Kemanusiaan di Palestin.
- Isu Kemanusiaan di Syria.
- Isu Kemanusiaan di Iraq.
- Isu Kemanusiaan di Mesir.
- Isu Kemanusiaan di Rohingya.
- Isu Kemanusiaan di Libya.
- Gempa Bumi Nepal.
- Gempa Bumi Kinabalu.
- Banjir Besar Pantai Timur dan Perak.
- Misi-misi bantuan di Palestin, Lubnan, Al-Quds, Syria, Sempadan Jordan, Turkey, Lubnan, Rohingya, Nepal, Kinabalu, Pantai Timur dan lain-lain.

Orang ramai dari pelbagai lapisan dan bangsa telah mengambil peluang mendapatkan maklumat dan memahami isu-isu Kemanusiaan Sejagat yang di sertai dan diurus oleh MyCARE dan Pertubuhan Ikram Malaysia.







Gambar-gambar di sekitar program boleh di rujuk di sini.

Read more...

Pelancaran Briged Sukarelawan MyCARE Sekretriat Negeri Johor.



Rabu (30 MAC 2016), Skudai- Pelancaran Briged Sukarelawan MyCARE Sekretriat Negeri Johor telah dilancarkan bertempat di Dewan al-Ghazali, Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Pelancaran ini bermula jam 8.45 malam dan berakhir pada 11.45 malam. Program ini dihadiri oleh para sukarelawan dari pelbagai latar. Antaranya wakil dari IKRAM Siswa UTM, IKRAM Siswa UTHM, Iman ELC, IKRAM Pontian, IKRAM Bandaraya Johor Bahru (BJB), Sekolah Rendah Islam Hidayah dan beberapa wakil dari daerah lain.

Pelancaran Briged Sukarelawan MyCARE Johor adalah bagi mewujudkan kumpulan sukarelawan yang sentiasa bersedia untuk menyumbang khidmat dari segi masa, tenaga dan harta tanpa mengharapkan ganjaran. Para sukarelawan ini juga akan diberikan latihan kesukarelawan. Ini penting bagi mereka untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Para sukarelawan juga berpeluang untuk pergi ke kawasan kemusnahan untuk menyampaikan bantuan.

Pada pelancaran itu juga, para hadirin berpeluang untuk mendengar sendiri pengalaman dari Dr Hisham Rasidi, iaitu seorang aktivis dan Head of UTM Community Engagement Project di bawah TNCP yang berpengalaman mengenai sukarelawan di Indonesia, kawasan Felda dan juga terlibat di dalam misi banjir di kawasan Pantai Timur.

Selain daripada itu, para sukarelawan juga telah didedahkan dengan peranan pihak MyCARE dari sudut kempen kesedaran, kesukarelawanan, serta pengalaman ketika misi bantuan kemanusiaan di kawasan Palestin, Syria, Iraq, Rohingya, Nepal dan kawasan yang dilanda bencana.

Para sukarelawan yang telah berdaftar sebagai ahli Briged Sukarelawan MyCARE, para sukarelawan akan mengikuti modul-modul yang telah disusun oleh pihak MyCARE Pusat secara berperingkat.Ini bagi menambahkan kefahaman dan mempersiapkan diri menjadi seorang sukarelawan yang bergerak aktif dan melaksanakan tugasan dengan penuh dedikasi. Diharapkan dengan usaha ini dapat membantu saudara seagama kita. Moga Allah redha dengan usaha ini.

Read more...

Sekolah Sumbang RM70,000 untuk Murid Palestin

JOHOR BAHRU – Lebih RM70,000 telah berjaya dikumpulkan di sekolah-sekolah seluruh negeri Johor untuk disalurkan kepada kanak-kanak dan sekolah di Palestin. Jumlah itu merupakan hasil Kempen “Bag to School” yang dilancarkan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCare) Negeri Johor sejak Ogos lalu.

Menurut pengerusinya, Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar, kempen tersebut telah dijalankan di 27 buah sekolah di negeri ini dengan mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

Beliau berkata demikian dalam Majlis Hi-Tea dan Penyampaian Sumbangan Kemanusiaan di sebuah hotel di sini. Dalam majlis tersebut, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNJ, Hj. Yasman Jamsir telah menyempurnakan penyampaian sumbangan sebanyak RM 72,352.80 kepada MyCare. Majlis turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru, PPD Kulai, dan sekolah-sekolah terpilih serta para aktivis MyCare dan wakil pelajar Palestin di Malaysia.

“Sebahagian hasil sumbangan tersebut kita telah sampaikan kepada wakil kami di Gaza untuk diserahkan kepada anak-anak yatim dan miskin yang sangat ramai di sana,” kata Dr. Mohd. Zin.

“Kita sasarkan untuk mendapatkan sumbangan yang lebih tinggi pada tahun ini dengan pertambahan sekolah-sekolah yang berminat untuk berkerjasama dengan kita,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Hj Yasman dalam ucapannya pula menzahirkan sokongan penuh pihak JPNJ kepada program-program anjuran MyCare di sekolah-sekolah di negeri ini.

“Pada saya, program-program seperti ini sangat sesuai untuk murid-murid kita. Kita perlu tanamkan semangat kesukarelawanan dan kemanusiaan dalam diri mereka sepertimana terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan,” tegasnya.

Turut berlangsung penyampaian sijil penghargaan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen tersebut. Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) dan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) terpilih sebagai sekolah yang berjaya mengumpul jumlah sumbangan tertinggi manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya pula terpilih sebagai sekolah yang paling aktif dalam memberi sumbangan kepada program-program MyCare. – IKRAMedia Johor

Read more...

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd