wrapper

Berita Terkini

الجمعة 9 جمادى الثانية 1442   |   Saturday 23 January 2021
Wednesday, 13 January 2021 18:25

Darurat dan polemik kewajarannya

Written by
Rate this item
(0 votes)

Selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri selama dua minggu bermula 13 Januari, negara dikejutkan dengan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada keesokannya, atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sudah pastinya ia mencetuskan polemik dan perdebatan hangat dalam kalangan ahli politik, pengamal undang-undang, para ilmuwan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hinggalah kepada rakyat marhaen.

 

Dalam perutusannya, Muhyiddin menyatakan bahawa tujuan utama darurat adalah untuk membendung wabak Covid-19 yang telah mengalami peningkatan kes secara mendadak selama beberapa bulan yang lalu.

 

Namun begitu, penguatkuasaan PKP kali pertama pada Mac hingga Mei tahun lalu dilihat sudah cukup berkesan membendung wabak Covid-19 tanpa perlu melalui darurat.

 

Tambahan pula, kesan utama darurat ini adalah tergantungnya sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta semua bentuk pilihan raya sehingga keadaan Covid-19 terkawal atau pulih.

 

Persoalannya, mengapa sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri perlu digantung? Saya masih belum ada jawapan yang tuntas dan kukuh mengapa kedua-dua sidang ini perlu digantung.

 

Persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri menjadi medan penting untuk wakil rakyat membuat keputusan hasil perbincangan dan perbahasan berkaitan apa sahaja masalah berkaitan kepentingan rakyat dan negara, lebih-lebih lagi dalam menangani wabak Covid-19.

 

Jika ini tidak berlaku, dibimbangi ia mungkin menjadi tiket bagi sesebuah kerajaan untuk menyalah guna kuasa pemerintahan tanpa semak dan imbang, termasuklah kemungkinan mengelakkan risiko pilihan raya mengejut atau kejatuhan kerajaan sedia ada yang dikatakan sudah kehilangan majoriti.

 

Saya berpandangan, krisis pandemik Covid-19 dapat dikawal cukup dengan pelaksanaan PKP tanpa darurat. Dengan darurat, mungkin wabak dapat dibendung. Namun bagaimana pula dengan kesan kepada ekonomi?

 

Dalam keadaan ekonomi negara sedang dipulih, penguatkuasaan darurat dibimbangi boleh memberikan kesan ekonomi yang lebih buruk berbanding PKP; pelabur lari, pelaburan menurun, peluang pekerjaan menurun, pengangguran meningkat dan pelbagai kesan yang lain.

 

Rakyat sedang menilai segala tindak-tanduk kerajaan akan kewajaran pelaksanaan darurat ini. Pada saat kritikal ini, keutamaan perlu diletakkan kepada kepentingan negara serta mengetepikan segala komplot politik untuk merampas kuasa.

 

Utamakanlah kepentingan negara, bukan kepentingan parti. Utamakanlah kebajikan rakyat, bukan 'kebajikan' kroni. Utamakanlah memerangi Covid-19, bukan memerangi musuh politik. Utamakanlah memulihkan ekonomi, bukan 'memulihkan' kuasa.

Read 139 times Last modified on Wednesday, 13 January 2021 22:41

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!