wrapper

Berita Terkini

الجمعة 12 رمضان 1442   |   Friday 23 April 2021
Sunday, 29 November 2020 12:24

Saya dan perunding imej

Written by Dr Hishamuddin Alham
Rate this item
(0 votes)

"Abang tak bolehlah jalan terlalu cepat... Pening orang dibuatnya."


"Elok rasanya jangan pause kan video tu cepat sangat. Cari masa dan ketika yang sesuai."

"Jangan pakai baju tu... Tak sesuai dengan suasana orang kampung."



Begitulah antara teguran ‘perunding imej’ saya yang menjalankan tugasnya dengan cukup cekap dan amanah. Cuma kena tahan sikit telinga dan turunkan sikit ego.

 

Saya sendiri selalu sarankan orang lain agar amalkan akhlak mudah menegur dan mudah ditegur. Akhlak mudah ditegur rupanya adalah satu jalan pintas untuk meningkatkan akhlak dan kemahiran kita.



Siapa ‘perunding imej’ saya? Berapa bayaran yang perlu saya bayar? Beliau adalah isteri saya sendiri dan bayarannya PERCUMA. Kalau ikut nilaiannya cukup tinggi, tak terbayar.

 

Alhamdulillah saya mempunyai seorang isteri yang hampir setiap kali mengikuti saya semasa program ceramah dan kursus. Malahan beliau sendiri akan menjadi salah seorang daripada fasilitatornya.



Untungnya melantik isteri selaku konsultan imej, servisnya berjalan 24 jam, tujuh hari seminggu. Bukan senang nak cari servis sedemikian rupa.



"Engkau senang le... Isteri engkau tak bekerja,” ada orang menegur saya.



"Ya... Isteri saya tak bekerja. Dia mengemas rumah sebab dia tak bekerja. Dia menjaga anak seramai enam orang, sebab dia tak bekerja. Dia menjaga makan minum saya dan anak-anak saya sebab dia tidak bekerja. Saya pula perlu rehat sebab saya letih bekerja," jawapan yang saya biasa berikan kepada sesiapa yang merasakan menjadi suri rumah itu adalah satu tugas yang mudah.



Bagi saya, melibatkan isteri dalam kerja-kerja dakwah yang kita lakukan akan meringankan beban kerja kita. Apatah lagi menyedari perempuan ni ada sifat-sifat yang melengkapi sifat-sifat yang ada pada lelaki secara umumnya.

 

Perempuan biasa suka melihat pada ‘details’, lelaki pula biasanya secara umum dan ‘overall’. Perempuan akan sensitif pada perkara yang kecil dan sering dipandang seolah-olah remeh, manakala lelaki pula sensitif pada perkara yang pokok.

 

Maka, bagi sesiapa yang hendak bernafas panjang dalam kerja-kerja dakwah dan kebajikan, libatkanlah isteri dalam kerja-kerja dakwah mereka.

 

Jangan ada sifat, "Ini orang lelaki punya hal, you jangan ganggu" atau "You jaga anak baik-baik, sudah memadai. Kerja-kerja ni tak sesuai dengan you."

 

Satu ketika saya mendapati isteri saya tidak pandai menggunakan komputer, hendak cut and paste pun tak pandai. Baginya komputer ini bukan kemahirannya. Tapi saya asuh beliau sedikit demi sedikit, saya belikan komputer MacBook Pro yang mampu membuat suntingan video.

 

Sekarang ni alhamdulillah, beliau telah menghasilkan klip video lebih banyak daripada saya sendiri dan mampu memegang Ahli Jawatankuasa Wanita IKRAM Pusat bahagian media. Ia tidak akan berlaku jika di peringkat awal saya tidak benarkan beliau mencampuri urusan dakwah saya.

 

Tanamkanlah sifat melihat kebaikan pada setiap orang. Dalam bahasa Inggeris disebut ‘Good Finders’. Walaupun ungkapan ini telah dipopularkan oleh Motivator terkenal Zig Ziglar, tetapi pengamalannya banyak telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

 

Sentiasalah melihat kelebihan dan kehebatan orang lain terutama pasangan hidup kita. 

 

Dr Hishamuddin Alham
Pesara Pensyarah Kanan UTM Skudai
Read 250 times Last modified on Sunday, 29 November 2020 12:31

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!