wrapper

Berita Terkini

الجمعة 9 جمادى الثانية 1442   |   Saturday 23 January 2021
Friday, 27 November 2020 11:16

Yang jauh berpengaruh, yang dekat tak melekat?

Written by Mohammad Fauzil Adhim
Rate this item
(1 Vote)

Salah satu perbahasan menarik daripada kitab Al-Fithrah yang ditulis oleh Syeikh Ali bin Abdullah al-Qarni adalah mengenai persekitaran yang buruk (البيئة الفاسدة) sebagai penyebab rosak dan menyimpangnya manusia daripada fitrah.

Persekitaran pertama dan terdekat dengan anak adalah keluarga (الأسرة). Maka, membicarakan mengenai pengaruh persekitaran mengharuskan kita untuk memahami keluarga sebagai persekitaran terdekat dan terkuat.

 

Pada dasarnya, sebagai persekitaran terdekat maka keluarga besar (الأسرة) memberi pengaruh paling kuat kepada diri seseorang; sentiasa lurus di atas fitrah sehingga lurus imannya, bagus akhlaknya, bersih hatinya dan jernih fikirannya, atau sebaliknya iaitu menjadi tempat pertama yang memalingkan anak daripada fitrah.

 

Pada waktu yang sama kita perlu berfikir, merenungi jika mendapati bahawa persekitaran yang jauh lebih kuat pengaruhnya jika dibandingkan keluarga sebagai persekitaran yang terdekat.

 

Lalu apakah yang dimaksud dengan persekitaran (البيئة)?

 

Secara sederhana, persekitaran itu memiliki empat unsur yang merupakan satu kesatuan dalam memberikan pengaruh. Apakah unsur-unsur itu? Ia adalah tempat, manusia, pemikiran dan gagasan (afkar), dan ‘aadat (budaya atau perilaku tentang nilai yang diyakini).

 

Rumah yang baik saja tidak cukup jika kebaikan itu hanya mereka saksikan ada di rumah, tetapi tidak membekas pada diri mereka pengaruh yang terus-menerus pada ranah pemikiran.

 

Berbuat baik dapat menjadi kebiasaan tetapi tanpa landasan iktikad dan pemahaman, maka ia mudah luntur manakala bertemu dengan persekitaran lebih jauh, seperti tetangga kiri kanan atau teman bermain yang lebih jauh lagi, yang secara aktif menanamkan kesesatan (تَلْقِينُ الضَّلال) ataupun mendorong kepada kebatilan (تَرْوِيجُ الباطِلِ).

 

Ini tentu saja buruk. Tetapi mengapa boleh terjadi? Salah satunya disebabkan rumah sebagai persekitaran terdekat tidak memenuhi fungsi atau berperanan sebagai persekitaran yang baik (البيئة الصالحة) bagi terjaganya fitrah.

 

Boleh jadi bangunan rumahnya lapang, tetapi ia tidak benar-benar menjadi rumah (maskan) yang memberi ketenangan dan keteduhan, melainkan sekadar tempat untuk tinggal dan berteduh semata (makaan lil iqamah).

 

Pada waktu yang sama, kita dapat mengambil pelajaran bahawa persekitaran yang baik (البيئة الصالحة) dapat memberi pengaruh sangat kuat kepada bagusnya keluarga (أسباب صلاح الأسرة). Salah satu manfaat penting persekitaran yang baik adalah sebagai pengingat di kala lalai (تذكر عند الغفلة).

 

Jadi, sekadar bertetangga dengan orang-orang baik, tidak secara automatik tempat itu menjadi persekitaran yang baik yang mana pengaruhnya terhadap pemikiran dan keyakinan sangat memberi kesan kepada diri para penghuninya.

 

Mohammad Fauzil Adhim adalah penulis 28 buku kebanyakannya tentang rumah tangga dan kekeluargaan. Antara buku beliau yang popular ialah Ku Pinang Engkau Dengan Hamdalah, Saatnya Untuk Menikah dan Mencari Ketenangan di Tengah Kesibukan.

Read 130 times Last modified on Friday, 27 November 2020 11:52

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd