wrapper

Berita Terkini

الإثنين 14 ذو الحجّة 1441   |   Tuesday 04 August 2020
Friday, 17 July 2020 17:28

Sejarah menarik Masjid Hagia Sophia

Written by
Rate this item
(1 Vote)


Empayar Rom pernah menjadi kuasa besar berabad dahulu. Kerajaan Rom terbahagi dua iaitu Rom Barat yang berpusat di Rom (Itali) manakala Rom Timur (Byzantine) yang berpusat di Konstantinople (Turki). Kerajaan Kristian Byzantine telah membina Hagia Sophia pada tahun 537 Masihi sebagai sebuah gereja di Konstantinople.

Pada tahun 627 Masihi, telah berlaku Perang Khandaq di mana Rasulullah SAW dan penduduk Madinah menggali parit di sekeliling Kota Madinah bagi menghalang serangan tentera Ahzab. Ketika menggali parit, terdapat sebuah batu besar yang tidak dapat dipecahkan oleh orang ramai.

 

Nabi Muhammad SAW berdoa dan menghayunkan penukul beberapa kali untuk memecahkan batu tersebut lalu kelihatan percikan api sebelum batu tersebut pecah semuanya. Nabi Muhammad SAW bersabda:

 

"Pada pukulan pertama aku melihat gedung dan istana Kisra (Parsi). Pada pukulan kedua aku melihat istana-istana merah di Romawi. Sesungguhnya umatku pasti mengalahkan mereka." (HR Ahmad dan Nasai)

 

Pada ketika lain, sahabat Rasulullah SAW bertanya kepada baginda, yang manakah akan dikalahkan dahulu, Kota Rom atau Konstantinople? Nabi Muhammad SAW bersabda: “Kota Hercules yang akan dikalahkan dahulu (merujuk kepada Kota Konstantinople).” (HR Ahmad dan Al-Hakim)

 

Nabi Muhammad SAW juga bersabda: "Kota Konstantinople pasti akan dibuka (oleh umat Islam). Pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (HR Imam Ahmad)

 

Pada tahun 1453, Sultan Muhammad bin Sultan Murad iaitu khalifah ketujuh kerajaan Islam Uthmaniyah telah memimpin armada Islam seramai 250,000 tentera dengan pelbagai strategi peperangan dan kelengkapan yang moden.

 

Pada usia 21 tahun, Sultan Muhammad digelar Sultan Muhammad ‘al-Fateh’ yang bermaksud ‘pembuka’ kerana telah berjaya membuka Kota Konstantinople daripada tangan kerajaan Byzantine yang zalim dan merealisasikan hadis Nabi SAW setelah lebih 800 tahun diperkatakan mengenai peristiwa ini.

 

Sejurus selepas pembukaan Kota Konstatinople, tanpa rampasan ataupun senjata, Sultan Muhammad al-Fateh membeli bangunan Hagia Sophia daripada paderi gereja menggunakan wang peribadi beliau, tanpa menggunakan wang kerajaan Uthmaniyah mahupun wang Baitul Mal (Pusat Zakat).

 

Sultan Muhammad al-Fateh telah mewakafkan bangunan tersebut sebagai masjid yang dipanggil Masjid Haghia Sophia, dikeluarkan patung-patung yang bertentangan dengan akidah Islam dan dimasukkan unsur seni bina Uthmaniyah. Gereja pula dialihkan ke kawasan lain yang dipersetujui oleh paderi dan penganut agama Kristian di sana.

 

Sultan Muhammad al-Fateh juga mendirikan lebih 300 masjid, 50 sekolah dan 50 tempat pemandian awam. Kota Konstantinople mula dikenali sebagai Istanbul. Masjid Hagia Sophia berfungsi sebagai masjid serta pusat kemasyarakatan dan kebudayaan sejak tahun 1453 hingga 1935, hampir 500 tahun lamanya.

 

Antara tahun 1922 hingga 1924, berakhirlah kerajaan Islam Uthmaniyah dengan kemerosatan kuasa Sultan Mehmed VI dan Sultan Abdul Majid II yang mengakhiri era Khulafa' Islamiah (khalifah-khalifah Islam). Turki diisytiharkan sebagai Republik Turki dan Mustafa Kamal Atartuk membawa agenda sekularisme bersama golongan Turki Muda.

 

Pada 1935, Mustafa Kamal Ataturk telah menukarkan Masjid Hagia Sofia kepada muzium. Azan dan solat tidak lagi dibenarkan didirikan di dalam Masjid Hagia Sophia, malah rakyat perlu membayar tiket untuk memasukinya. Tulisan rasmi juga ditukar kepada Rumi bagi menghakis sejarah khilafah Islamiah yang telah tertegak sekian lama sejak risalah nubuwwah Nabi Muhammad SAW.

 

Setelah 85 tahun menjadi muzium sahaja, Mahkamah pada 10 Julai 2020 memutuskan pertukaran fungsi masjid yang telah diwakafkan oleh Sultan Muhammad al-Fateh kepada muzium adalah tidak sah.

 

Oleh itu, Haghia Sophia kembali kepada status asalnya iaitu masjid, yang terbuka kepada semua umat Islam untuk beribadat di dalamnya, menunaikan solat dan dilaungkan azan.

 

Semoga sejarah ini menjadi inspirasi dan kekuatan untuk umat Islam terus berwakaf, beribadah dan bersatu sebagai sebuah ummah contoh lagi disegani.

 

Afifah Che Embi, aktivis IKRAM Teluk Intan

Read 306 times Last modified on Friday, 17 July 2020 18:19

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd