BAKIM berperanan menjaga kebajikan ahli, memberikan khidmat bantuan bagi ahli yang ditimpa kesusahan atau musibah, mewujudkan platform untuk ahli sebagai saluran komunikasi antara kakitangan dengan majikan bagi meningkatkan kebajikan dan mutu perkhidmatan. Ahli BAKIM terdiri daripada semua pekerja IKRAM sama ada berkhidmat sepenuh masa atau secara kontrak dengan Ibu Pejabat IKRAM yang kini berjumlah 54 orang.
Ahli Jawatankuasa BAKIM bagi sesi 2015-2016 ialah:
Pengerusi: Parman Sirad
Timbalan Pengerusi: Ustaz Abdul Haris Bain
Setiausaha: Noorsyazly Rameli
Bendahari: Nurul Hidayah Zairulshafuddin
Ahli Jawatankuasa:
Azamuddin Maarof
Masayu Zani
Nik Khatijah Nik Mud