wrapper

Berita Terkini

الإثنين 17 ذو الحجّة 1442   |   Monday 26 July 2021
Tuesday, 17 March 2015 08:00

Kem Waja Diri (Kewari)

Rate this item
(5 votes)

KOTA KINABALU, 13-15 Februari 2015 – Program Kem Waja Diri (KEWARI) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam telah berjaya dilaksanakan. Program yang bertemakan "Melahirkan Pendekar Mutadayyin" ini lebih menumpukan kepada pembentukan sahsiah islamiah melalui latihan intensif silat, rohani dan 'group binding' yang kukuh antara peserta. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Awang Damit Awang Anak; Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, mewakili Y.B. Datuk Haji Tawfiq Bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan Menteri Belia dan Sukan Sabah.

 

 

 Program ini merupakan anjuran IKRAMTeens Negeri Sabah dan Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Sabah dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Negeri. Program ini telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Putatan, Kota Kinabalu dengan melibatkan peserta dari tiga buah sekolah. Antara sekolah yang terlibat ialah SMKA Kota Kinabalu, SMKA Tun Said dan SMK Bongawan.

Diharapkan program ini dapat membentuk sahsiah islamiah yang mantap dan unggul di kalangan peserta serta mengeratkan lagi ukhuwah di antara peserta. Semoga dengan adanya program ini, belia remaja khususnya di negeri bawah bayu ini dapat menjadi remaja yang kuat bukan sahaja dari segi fizikal dan mental tetapi juga rohani.

Read 5968 times Last modified on Sunday, 03 May 2015 16:51

Media

More in this category: Mabit Akhawat »

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd