wrapper

Berita Terkini

الجمعة 9 ذو القعدة 1442   |   Friday 18 June 2021
Sunday, 03 May 2015 08:00

Suruhanjaya Gabungan Hindu-Islam Permulaan Era Baru Dakwah Di Negeri Sembilan Featured

Rate this item
(0 votes)

IMG 0589

Tanggal 30 april 2015 merupakan tarikh bersejarah dalam usaha membina hubungan harmoni antara kaum dan agama sekaligus membuka dimensi baru arena dakwah di Negeri Sembilan.  Satu forum tertutup telah dianjurkan oleh Persatuan Pertubuhan-pertubuhan Dakwah Islam Negeri Sembilan (GANDA) bersama Persatuan Hindu Sanggam Negeri Sembilan bertempat di Hotel Allson Klana.

Pelbagai isu semasa telah dibincangkan dalam sesi forum tersebut dengan kesediaan kedua-dua pihak mengurus perbedaan melalui rundingan dan penyelesaian bersama. Hasil daripada perbincangan tersebut,  kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Gabungan untuk hal ehwal Hindu-Islam di mana segala permasalahan akan dirujuk terlebih dahulu untuk mencapai penyelesaian terbaik. GANDA telah diwakili oleh Pengerusi Prof Madya Badlishah Sham Baharin, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat Madani Pertubuhan IKRAM Malaysia, manakala Persatuan Hindu Sanggam Negeri Sembilan diwakili oleh En. V. Kandasamy, Pengerusi Hindu Sanggam Negeri Sembilan.

Hidayah Centre Negeri Sembilan mengucapkan tahniah kepada GANDA dan Persatuan Hindu Sanggam Negeri Sembilan di atas inisiatif ini, membuktikan kematangan kepimpinan dalam usaha mewujudkan hubungan antara kaum yang lebih harmoni menuju negara maju 2020.

Read 3330 times Last modified on Sunday, 03 May 2015 20:12

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!