Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berusaha sedaya upaya untuk menjayakan negara Malaysia pada tahun 2035, lahir sebagai sebuah Negara Rahmah Mithali, walaupun sebelum itu ia akan menempuh fasa-fasa peralihan.
Berdepan dengan tahun baharu, kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya meletakkan sasaran dan semua kita akan berazam untuk mencapai sasaran tersebut.
Rasulullah Salallahualaihiwasallam telah dilahirkan di tengah-tengah dunia Arab yang mana pada waktu itu memiliki kelakuan yang terburuk, mempunyai tindak-tanduk yang tidak dapat membezakan mereka sebagai manusia dengan makhluk yang lain. Mereka akan melakukan pelbagai perkara yang membawa kepada kerosakan.
Sorotan sirah Rasulullah Salallahualaihiwasallam merupakan perjalanan hidup seorang pejuang dalam membangun sejarah baru peradaban manusia. Di mana mendepani baginda, suasana jahiliah yang sepenuhnya bertentangan dengan kehendak Allah Subhanahuwataala. Wujud di sana syirik, kufur, penghinaan terhadap manusia dan penindasan.