Sudut Artikel

Terokai dan hayati pelbagai pandangan, perasaan dan ilmu pengetahuan

Minda Editor

Mempertautkan Bangsa Malaysia melalui dialog

Dialog adalah jambatan penghubung bagi individu yang mempunyai perbezaan, lebih daripada menjadi jambatan bagi individu yang mempunyai persamaan. 

14 sukarelawan VP5 selamat pulang ke tanah air

SEPANG – Ketibaan 14 warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan konvoi jalan darat Viva Palestina Kelima (VP5) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini kira-kira jam 4.30 petang semalam disambut meriah oleh lebih 200 orang ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

“Prestasi tarbiah meningkat tetapi kerja kita masih banyak”

SERDANG – “Prestasi tarbiah ahli-ahli IKRAM meningkat baik namun tarbiah adalah proses yang berterusan dan kita perlu memperbaiki segala kekurangan,” demikian kata Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah IKRAM ketika diminta pendapatnya mengenai prestasi tarbiah ahli-ahli IKRAM secara keseluruhan.

Zina: Perkara haram yang paling disukai

PUTRAJAYA – “Zina adalah perkara haram yang paling disukai manusia. Walaupun arak haram, namun arak itu boleh memudaratkan badan manusia. Tetapi hubungan kelamin adalah fitrah dan keperluan bagi manusia”. Demikianlah antara isi penyampaian Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia dalam program ‘Wacana Pendidikan Seksualiti: Adakah Ianya Satu Penyelesaian?’ yang berlangsung di Putrajaya semalam.

Gejala zina perlu penyelesaian lebih holistik – Wanita IKRAM

PUTRAJAYA – Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia percaya gejala zina yang menjadi punca pembuangan bayi dalam masyarakat hari ini boleh dicegah sekiranya penyelesaian yang lebih holistik dilakukan.

Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Maznah Daud berkata, perbincangan yang dipaparkan di dada-dada akhbar tidak menampakkan langkah penyelesaian yang menjurus kepada penyelesaian masalah ini ke peringkat akar umbi.

Perancangan strategik IKRAM laksanakan tuntutan lima maqasid syariah – Presiden

KUALA LUMPUR – Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menegaskan bahawa Perancangan Strategik IKRAM adalah untuk melaksanakan tuntutan lima maqasid syariah. Ia semestinya menjadi kewajipan setiap Muslim untuk melaksanakannya dalam realiti kehidupan kerana ia merupakan satu perjuangan untuk mengangkat martabat umat ke tahap yang tinggi. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama dalam persidangan kedua Dewan Perwakilan Nasional (DPN) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Banyak tanda tanya penahanan Zunar

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

25 September 2010 / 17 Syawal 1431

BANYAK TANDA TANYA PENAHANAN ZUNAR

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius mengenai penangkapan dan penahanan kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar di bawah Akta Hasutan.

IKRAM pada dasarnya bersetuju dengan keperluan untuk melindungi masyarakat awam daripada diperdaya dengan laporan dan pengkhabaran palsu yang mencetuskan huru-hara di kalangan rakyat. Namun, tindakan keras yang diambil pihak polis dalam menahan Zunar menimbulkan pelbagai persoalan yang perlu dijelaskan demi mengekalkan kepercayaan masyarakat akan ketelusan dan keterbukaan kerajaan dalam menerima sebarang maklumbalas daripada masyarakat mengenai perlaksanaan amanah dan tanggungjawab kerajaan.

Pendidikan Seksualiti: Adakah Ia Satu Penyelesaian?

KUALA LUMPUR – Akhir-akhir ini gejala zina dan seks bebas begitu membarah dalam masyarakat. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan ahli masyarakat yang tercari-cari di mana silapnya dan apakah langkah penyelesaian terbaik. Adakah ini bermakna anak-anak perlu didedahkan dengan pendidikan seksualiti pada awal usia? Persoalannya sejauh manakah kejayaan pendidikan seksualiti yang telah diajar di negara-negara barat selama ini dapat mengatasi gejala seksual yang berleluasa? Semua ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada ahli-ahli masyarakat. Ada yang menyokong dan ada yang menentang idea ini.

Menyedari senario ini, Pertubuhan Wanita IKRAM Malaysia dan Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) akan menganjurkan wacana ilmu bertajuk ’Pendidikan Seksualiti: Adakah Ia Satu Penyelesaian?’

us_dahlan
Kenyataan Media

Ucapan Takziah di Atas Pemergian Ustaz Dahlan Mohd Zain

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin  merakamkan ucapan takziah kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) di atas pemergian Ustaz Dahlan Mohd Zain. Allahyarham

EAIC kunjungi Ibu Pejabat IKRAM

SERI KEMBANGAN – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah mengunjungi Ibu Pejabat IKRAM semalam bagi membincangkan ruang kerjasama dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan yang berintegriti dalam kalangan agensi penguatkuasaan di Malaysia.

Read More »

Kali pertama masuk masjid


KELANA JAYA – Buat julung kalinya Masjid Al-Hidayah telah bekerjasama dengan Hidayah Centre Foundation (HCF) bagi mengadakan aktiviti Jelajah Masjid sempena Jamuan Terbuka Hari Raya 2019 pada Ahad, 30 Jun di sini.

Read More »

Pakej korban serendah RM250


SERI KEMBANGAN – Program MyKorban anjuran Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyasarkan kutipan RM1.5 juta untuk melaksanakan ibadat korban di 15 negara pada tahun ini dengan tambahan pakej kerbau dan unta.

Read More »

Juadah pelbagai etnik jadi tarikan


KUALA LUMPUR – Seluruh lapisan masyarakat dijemput hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Harmoni 2019 yang akan berlangsung pada Sabtu ini di Taman Rekreasi Pudu Ulu, Cheras bermula 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Read More »

ARTIKEL POPULAR

Group 10

ARKIB

Group 10
Archives

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia