Ciri Kesembilan: Agihan Kekayaan yang Saksama

Deskripsi: Kekayaan negara diagihkan saksama dan tidak berlegar hanya dalam kalangan sekumpulan kecil masyarakat, agar tidak wujud jurang yang besar antara golongan kaya dan miskin.

 

 

مَّآ أَفَآءَ ٱللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ كَيۡ لَا يَكُونَ دُولَةَۢ بَيۡنَ ٱلۡأَغۡنِيَآءِ مِنكُمۡۚ وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

“Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) daripada harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya daripada kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya, maka patuhilah larangannya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Hasyr, Ayat 7)

Siyasah Syar’iyyah Ibnu Taimiyyah

كتاب السياسة الشرعية في إصلاح الراعي والرعية لإبن تيمية

كتاب احكام الاغنياء: احكام غنى المال وضوابط طلبه والانتفاع والتصرف به في الفقه الاسلامي – عبد السلام ابراهيم

Islam mempersiapkan ummah dan negara dengan berbagai-bagai sumber kewangan yang akan membolehkan umat melibatkan diri dan juga negara dalam kegiatan pengagihan kekayaan dan pengagihan semula kekayaan secara saksama agar kekayaan itu tidak berlegar hanya dalam kalangan sekumpulan kecil masyarakat manusia, agar tidak wujud jurang yang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada, golongan kaya dan golongan miskin.

A) Sumber-sumber kewangan bagi pengagihan kekayaan:

  1. Kharaj
  2. Ushur
  3. Al-Fai’
  4. Ghanimah (rampasan perang)
  5. Jizyah
  6. Harta pusaka yang ketiadaan waris
  7. Pemberian rakyat kepada negara, daripada warga Muslim atau warga bukan Muslim
  8. Sumber alam: Bumi atau laut
  9.  Zakat:

          9.1 Zakat fitrah

          9.2 Zakat harta

     Jenis-jenis zakat harta:

      i) Zakat simpanan

      ii) Zakat pelaburan:

  • Zakat perniagaan
  • Zakat perusahaan
  • Zakat bangunan-bangunan sewaan

    iii) Zakat haiwan ternakan

    iv) Zakat penghasilan usaha:

  • Zakat tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan
  • Zakat madu lebah
  • Rikaz (Harta temuan zaman kuno)

    v) Zakat wang, dokumen-dokumen kewangan dan bayaran-bayaran pendapatan

    vi) Zakat percukaian kastam

    vii) Zakat galian, penghasilan daripada air laut dan air tawar

    viii) Zakat kenderaan-kenderaan pengangkutan, perkakasan rumah, perhiasan-perhiasan sewaan dan yang seumpama dengannya  

      10. Pendapatan negara dari projek-projek pelaburannya

      11. Percukaian atau Tauzif al-amwal

      12. Pendapatan negara daripada pemanfaatan simpanan rakyatnya

B) Sumber-sumber kewangan bagi pengagihan semula kekayaan:

       1) Waqaf

       2) Sadaqah

       3) Wasiat

       4) Agihan pesaka

       5) Hibah

       6) Hadiah

       7) Kurniaan negara

       8) Nazar

       9) Kifarat-kifarat

     

     Jenis-jenis kifarat:

  1. Kifarat lantaran merosakkan puasa pada bulan Ramadan dengan melakukan persetubuhan secara sengaja dengan isteri, kifarat ini dibayar dengan memberi makan 60 orang miskin sesudah dia tidak mampu terlebih dahulu membebaskan hamba atau berpuasa selama dua bulan penuh
  2. Kifarat tamattu’ sebagai hukuman lantaran dia memakai ihram sekali bagi melaksanakan ibadah umrah dahulu, kemudian diikuti dengan ibadah haji atau melaksanakan umrah dengan pemakaian ihram kali pertama dan diikuti kemudiannya ibadah haji dengan pemakaian ihram yang baru (menerusi penyembelihan seekor kambing dan dagingnya dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin atau memberi makan enam (6) orang miskin, setiap seorang mereka setengah (½) gantang makanan asasi tempatan atau berpuasa selama tiga (3) hari) – ( كفارة التمتع (
  3. Kifarat lantaran cukur rambut kepala terlebih dahulu sebelum menanggalkan pakaian ihram (membayar kifarah yang sama seperti di atas) – ( كفارة الحلق (
  4. Kifarat lantaran melakukan kesalahan berburu semasa masih lagi dalam pemakaian ihram (membayar bersamaan harga binatang yang diburu, mungkin dengan harga anak unta berumur setahun atau harga seekor lembu atau harga seekor kambing biasa, kalau tidak diperolehi binatang-binatang tersebut, diganti dengan pembelian makanan berasaskan nilai binatang kifarat tersebut untuk diagih-agihkan kepada orang-orang miskin atau menebusnya dengan berpuasa sebanyak jumlah orang-orang miskin tersebut, sehari bagi setiap seorang daripada mereka ) – ( كفارة الصيد )
  5. Kifarat zihar lantaran menyamakan belakang Isteri sama seperti belakang ibu kandung atau seumpamanya, kifaratnya menerusi pembebasan seorang hamba kalau masih ada lagi atau menerusi pelaksanaan puasa dua (2) bulan berterusan tanpa henti atau menerusi memberi makanan 60 orang miskin – ( كفارة الظهار )
  6. Kifarat lantaran melanggar sumpah. Kifaratnya mestilah terlebih dahulu menerusi memberi makan 10 orang miskin  atau memberi persalinan pakaian kepada semua mereka atau menerusi pembebasan seorang hamba, kalau semua itu tidak mampu dilaksanakan, barulah dia menebus kesalahannya itu menerusi pelaksanaan puasa selama tiga (3) hari – ( كفارة اليمين  )
  7. Kifarat pembunuhan secara silap/ tersalah bunuh, senilai diah (100 ekor unta ) yang diserahkan kepada keluarga si mati

 

     10) Fidyah-fidyah sebagai:

  • Gantian kepada ibadah puasa yang tidak sempat diganti terutamanya oleh ibu-ibu muda
  •  Atau gantian kepada ibadah puasa yang tidak mampu dilaksanakan oleh wanita yang sudah uzur lantaran tua atau sakit menerusi gantian secupak /1 1/2 kati makanan asasi tempatan atau harganya untuk setiap hari, dengan mengambil kira jumlah hari ibadah puasa yang telah tidak dapat ditunaikan itu dan juga jumlah bulan penggantian atau penebusannya telah tertangguh.

 

       11) Hasil kewangan daripada sumber-sumber syubahat

       12) Hasil kewangan negara daripada sumber-sumber yang haram (kegiatan-kegiatan yang terlarang)

       13) Daripada sumber-sumber kewangan pertama (bagi tujuan pengagihan kekayaan), jizyah, ghanimah.

 

Sumber:
Artikel 12 Ciri Negara Rahmah | 2021
Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia