Ciri Keempat: Undang-Undang yang Adil

Deskripsi: Menyantuni rakyat dengan undang-undang yang adil dalam semua keadaan, menjadikan kehidupan rakyat sejahtera, memiliki kedudukan yang setara, hak dan tangungjawab yang sama.

 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Ma’idah, Ayat 8)

إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah An-Nisaa’, Ayat 58)

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اتَّقُوا الظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Hindarilah kezaliman, kerana kezaliman itu adalah mendatangkan kegelapan pada hari kiamat kelak!” (HR Muslim)

Menyantuni rakyat dan warga dengan undang-undang yang adil dalam semua keadaan dan masa, menjadikan kehidupan rakyat aman dan sejahtera, semua mereka memiliki kedudukan yang setara, hak-hak dan tangungjawab-tangungjawab yang sama, berpeluang meningkatkan taraf kehidupan masing-masing ke satu tahap yang lebih tinggi dan lebih sempurna lagi.

Tidak ada diskriminasi antara mereka, semuanya akan menerima layanan yang sama dan saksama, dijamin boleh memperolehi hak-hak masing-masing menerusi prosedur-prosedur yang telah ditetapkan, kesemua rakyat  dinaungi di bawah satu sistem kehakiman yang sama dan saksama.

Undang-undang yang dikuatkuasakan digubal secara saksama oleh kumpulan pakar-pakar perundangan dan hukum yang mematuhi syariah. Pandangan rakyat serta pemegang taruh dalam bidang-bidan khusus dirujuk. Bagi menangani keperluan negara dan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia, tiga (3) peruntukan undang-undang perlu diwujudkan:

  1. Peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas seluruh rakyat, Muslim dan bukan Muslim.
  2. Peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas rakyat yang beragama Islam sahaja.
  3. Peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas rakyat bukan Muslim sahaja.

Tidak ada kumpulan atau institusi yang terlepas daripada penguatkuasaan undang-undang, pemerintah, rakyat dan institusi, kesemuanya berada di bawah payung undang-undang negara. Mahkamah-mahkamah dalam negara akan memastikan   penguatkuasaan undang-undang ke atas semua, walaupun dalam kes-kes tertentu, penyelesaian di luar mahkamah boleh dilakukan.

Sumber:
Artikel 12 Ciri Negara Rahmah | 2021
Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia