Ciri Kesebelas: Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara

Deskripsi: Negara yang peka dengan kebajikan rakyatnya seperti keperluan asas kehidupan yang mencukupi, rumah kediaman, kemudahan kesihatan, pengangkutan dan pendidikan yang sewajarnya.

Negara rahmah mithali juga adalah sebuah negara yang sentiasa menyantuni rakyatnya, peka dengan kebajikan mereka, sekurang-kurangnya semua rakyat akan memperolehi keperluan-keperluan asas kehidupan mereka, bekalan makanan dan minuman yang cukup, pakaian dan rumah kediaman yang layak, kemudahan-kemudahan kesihatan, pengangkutan dan pendidikan yang sewajarnya.

Negara rahmah ini akan memastikan seluruh pekerja dalam negara memperolehi kadar minima gaji yang cukup bagi memenuhi keperluan mereka dan keluarga. Keperluan dan kebajikan rakyat yang masih memerlukan  bantuan tambahan seperti golongan kurang upaya, pesara atau orang-orang tua, kanak-kanak, ibu tunggal, golongan gelandangan dan miskin akan sentiasa dipantau, semua mereka akan memperolehi insuran kesihatan, bantuan-bantuan sara hidup yang mencukupi  sama ada daripada peruntukan kementerian kebajikan masyarakat atau agihan zakat bagi golongan asnaf dalam kalangan mereka daripada pusat-pusat zakat negeri, kemudahan kesihatan, hospital-hospital umum, hospital-hospital pakar, pusat-pusat kesihatan, taman-taman permainan dan riadah, kemudahan berbagai-bagai jenis sukan, laluan-laluan penunggang basikal dan pelari-pelari, pusat-pusat rekreasi di berbagai-bagai penjuru negara, sistem pengangkutan yang cekap, laluan-laluan metro dan rangkaian jalan raya atau highway (lebuh raya) yang cukup agar rakyat dapat hidup sihat, tidak rasa tertekan dan ceria.

Pemerintah akan berusaha mengurangkan jam-jam kerja pekerja awam dan swasta, memperbanyak pengunaan robot serta IT. Seluruh pekerja memperolehi ganjaran- ganjaran upah yang adil, peruntukan cuti tahunan yang cukup, ruang masa yang lebih panjang bagi menyantuni keluarga dan lingkungan.  

Rakyat umum didedahkan dengan kegiatan-kegiatan kesukarelawanan, latihan-latihan sivik, memberi bantuan kecemasan, menghadapi suasana-suasana sukar sewaktu terjadi bencana alam, banjir, penularan Covid-19, kejadian tanah runtuh, tsunami, kebakaran dan lain-lain lagi agar rakyat sentiasa siap untuk mendepani suasana-suasana tersebut.

Pasukan keselamatan dipersiapkan secara profesional, berpegang kepada etika dan disiplin kerja memelihara keamanan dalam negeri, pematuhan undang- undang yang diwartakan bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat, membasmi jenayah, semua jenis menegakkan hukum secara tuntas dan adil, memelihara perjalanan pentadbiran negara secara telus dan saksama.

 

Sumber:
Artikel 12 Ciri Negara Rahmah | 2021
Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia