Free Joomla Templates | Free Joomla Extention | Free Joomla Modules | Free Joomla Component Free Joomla Templates Free Joomla Extention | Free Joomla Modules | Free Joomla Component
Make Money Fast for Kids | Make Money Fast Kids | How to Make Money Fast for Kids Make Money Fast for Kids Make Money Fast for Kids | Make Money Fast Kids | How to Make Money Fast for Kids
Bola sepak persahabatan agenda baru Selangor? PDF Print E-mail
Sunday, 30 October 2011 14:42

Bola persahabatan Selangor

KAJANG – Jika diizinkan Allah, pertandingan bola sepak persahabatan antara daerah bakal menjadi agenda tetap baru IKRAM Negeri Selangor tidak lama lagi.

Bola persahabatan Selangor

Setiausaha IKRAM Selangor, Hj Ridzuan Harun (kanan) ketika dihubungi berkata, perkara ini tidak mustahil bahkan mungkin tepat pada masanya memandangkan IKRAM Selangor kini dalam proses menyusun KPI (Petunjuk Prestasi Utama) peringkat negeri usai ‘Sanggar Kerja 2’ peringkat nasional di Klang baru-baru ini.

“Pengerusi Jawatankuasa (JK) Pemuda Negeri, Shahrul Aman Mohd Saari telah maklum akan perkara ini. Insya-Allah beliau akan membuat tindakan susulan untuk menjadikan perlawanan bola sepak persahabatan ini sebahagian KPI yang perlu dicapai JK Pemuda,” jelas beliau.

“Yang penting, buat kertas kerja rasmi berupa cadangan beserta bajet, kemudian kemukakan kepada JK Negeri untuk dibincangkan. Kita boleh bagi nama ‘Piala YDP IKRAM Selangor’ atau lain-lain.”

Bagi pihak JK Negeri, katanya, beliau tidak nampak perkara tersebut sebagai masalah. Cuma beliau berharap ia dibincangkan betul-betul dan kertas kerja cadangan dikemukakan kepadanya secepat mungkin.

Bola persahabatan Selangor Bola persahabatan Selangor Bola persahabatan Selangor

Selepas IKRAM Ampang Jaya bertandang ke Stadium Mini Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dekat sini untuk berentap dengan IKRAM Daerah Hulu Langat (IKRAM DHL) pada Rabu, 26 Oktober lalu, satu siri perlawanan bola sepak persahabatan 9-sebelah antara IKRAM Kajang FC (IKRAM KFC) menentang IKRAM DHL telah berlangsung dengan meriah di stadium yang sama semalam.

Sebagaimana dirancang, aktiviti anjuran Jawatankuasa Tarbiah IKRAM Daerah Kajang ini mempertemukan lapan pasukan dalam empat kategori usia.

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:

1. Kategori ‘OTAI’ (36 thn ke atas): IKRAM KFC 2-0 IKRAM DHL
2. Kategori DEWASA (26-35 thn): IKRAM KFC 0-2 IKRAM DHL
3. Kategori PEMUDA (19-25 thn): IKRAM KFC 2-1 IKRAM DHL
4. Kategori REMAJA (Bawah 18 thn): IKRAM KFC 2-1 IKRAM DHL

Keputusan keseluruhan (berdasarkan kategori): IKRAM KFC 3-1 IKRAM DHL

Bola persahabatan Selangor Bola persahabatan Selangor

Program berlangsung selama dua jam setengah. Kira-kira 80 orang hadir termasuk YDP IKRAM Kajang, Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha yang menunggu sejak mula hingga tamat program. Keempat-empat saingan berjalan lancar, bersih dan penuh ukhuwah. Pengadil yang dijemput khas dari Serdang tidak perlu bekerja keras mengawal permainan, dan tiada kad merah mahupun kuning dilayangkan.

Secara keseluruhannya semua pemain menunjukkan disiplin dan semangat juang yg tinggi. Lucunya, walaupun masa permainan cuma diperuntukkan 20 minit untuk satu perlawanan, terdapat pemain ‘otai’ yang asyik bertanya pengadil bila wisel penamat akan ditiup...

Bagaimanapun, seorang pemain ‘otai’ IKRAM DHL, Hj Khairuddin membuktikan peningkatan usia tidak semestinya menunjukkan bertambah lemahnya kudrat seseorang. Beliau telah mempamerkan stamina luar biasa apabila bermain untuk keempat-empat kategori! (Penganjur terpaksa meringankan peraturan dengan membenarkan pasukan yang tidak cukup pemain meminjam pemain daripada kategori berlainan).

Bola persahabatan Selangor

Para peserta terdiri daripada anak-anak remaja Sekolah Menengah Al-Amin, anak-anak ahli IKRAM, para pelajar IPT, ahli-ahli muda IKRAM, rakan-rakan IKRAM serta ahli-ahli veteran IKRAM yang berjiwa muda. Insya-Allah, ia merupakan adunan mantap untuk perkembangan dakwah IKRAM pada masa hadapan.

Difahamkan, pertandingan selepas ini bakal melibatkan IKRAM DHL sekali lagi yang akan melayan IKRAM Hulu Selangor FC.

Dalam pada itu, IKRAM Kajang melangkah setapak lebih jauh apabila jadual jaulah mereka ke Pantai Timur pada 26-28 November depan telah memasukkan pertembungan dengan wakil IKRAM di Terengganu sebagai sebahagian daripada agendanya.

Sesungguhnya aspek ziarah dan ukhuwah yang dititikberatkan dalam aktiviti-aktiviti santai sebegini merupakan perkembangan sihat yang selari dengan moto IKRAM ‘Ukhuwah Teras Kegemilangan’.

 
Sesuai dilayari dengan Mozilla Firefox versi 3.0.19 ke atas.