Free Joomla Templates | Free Joomla Extention | Free Joomla Modules | Free Joomla Component Free Joomla Templates Free Joomla Extention | Free Joomla Modules | Free Joomla Component
Make Money Fast for Kids | Make Money Fast Kids | How to Make Money Fast for Kids Make Money Fast for Kids Make Money Fast for Kids | Make Money Fast Kids | How to Make Money Fast for Kids
Anda di sini:   Utama Berita Himpunan 901: Pendirian IKRAM
Himpunan 901: Pendirian IKRAM PDF Print E-mail
Saturday, 07 January 2012 06:13

Kenyataan Media

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

7 Januari 2012 bersamaan 12 Safar 1433

HIMPUNAN 901

IKRAM amat prihatin terhadap perkembangan terkini yang berkaitan dengan Himpunan 901. Dalam membuat pendirian ini, IKRAM dipandu oleh prinsip-prinsip Syariat yang menuntut agar keadilan diberikan kepada semua pihak.

IKRAM menghormati keluhuran Perlembagaan, mendukung prinsip-prinsip keadilan, memperjuangkan kesaksamaan dalam proses perbicaraan serta hak rakyat berhimpun mengikut peruntukan Perlembagaan.

IKRAM berpendapat bahawa kes perbicaraan DSAI adalah sebuah kes berprofil tinggi kerana melibatkan individu penting dalam percaturan politik tanah air. Maka, sebarang kemungkinan tentang wujudnya tekanan dan gangguan berunsur politik tidak dapat dinafikan dan apatah lagi ditambah dengan isu integriti terhadap badan kehakiman Malaysia yang sering dipersoalkan. Justeru, tidak hairanlah sekiranya rakyat mempunyai persepsi negatif dalam kes ini.

Lantaran itu, IKRAM menyeru pihak berkewajipan supaya memastikan agar:

  • semua pihak yang terlibat dalam kes ini diberi hak untuk mendapat keadilan sepenuhnya dalam proses perbicaraan dan penghakiman;
  • tahap pembuktian beyond reasonable doubt “melampaui keraguan yang munasabah” mestilah dilaksanakan;
  • konsep pengasingan kuasa antara badan kehakiman, badan legaslatif dan badan eksekutif wajib berlaku dengan jelas.

IKRAM juga menyeru para penganjur dan polis untuk bekerjasama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semasa perhimpunan terjamin.

Ahli-ahli IKRAM bebas untuk melibatkan diri dalam perhimpunan berdasarkan penglibatan politik mereka.


Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad

Presiden

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

 
Sesuai dilayari dengan Mozilla Firefox versi 3.0.19 ke atas.