wrapper

Berita Terkini

الإثنين 29 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 18 2017
Tuesday, 14 March 2017 00:00

Dakwah dan Doa

Rate this item
(1 Vote)

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan yang indah ini. Hidup ini akan lebih indah apabila hubungan kita dengan Allah sentiasa terpelihara. Marilah sama-sama kita menjaga hubungan yang terpenting ini.

Hubungan yang akrab dengan Allah SWT inilah yang akan menjamin tugasan dakwah kita membekas di jiwa para mad’u kita (mereka yang kita seru).

Imam Syahid Hasan al-Banna pernah menukilkan jawapannya yang cukup indah bila ditanya apakah rahsia dakwahnya begitu berpengaruh dalam kalangan masyarakat terutama pemuda pemudi di Mesir ketika itu, beliau menjawab:

"Saya menyeru (berdakwah) mereka pada waktu siang dan pada waktu malam saya mendoakan (kepada Allah) pula untuk mereka (agar hati mereka menjadi lunak)".

Sesungguhnya ia adalah akhlak para pendakwah dan murabbi (pendidik) bersama para mutarabbinya (murid) ketika para pendakwah sibuk menyantuni mereka pada siangnya dan tidak lupa mendoakan untuk mereka pada malamnya.

Ia adalah suatu pelajaran di sepanjang jalan dakwah ini. Apakah pengajaran yang dapat kita fahami dari jawapan ringkas di atas?

1. Dakwah ini adalah milik Allah. Allah menyuruh kita menyampaikan risalah ini kepada manusia. Kerja kita para pendakwah hanya menyampaikan, bukan memaksa mereka menerima. Justeru, metodologi penyampaian harus disesuaikan dengan laras bahasa yang lunak
dan menarik. Mungkin pelbagai cara harus digunakan.

2. Hati manusia berada dalam genggaman dan kekuasaan Allah SWT. Dia membolak-balikkan hati manusia mengikut kehendak-Nya. Walau
bagaimana hebat seorang pendakwah itu, ia bukan jaminan penerimaan manusia. Maka, banyakkan bermunajat kepada Allah siang dan malam kerana hidayah adalah milik Allah SWT.

3. Mengetuk telinga siapa yang kita seru dengan menunjuk ajar, memberi nasihat dan panduan sahaja tidak mencukupi, ia mesti disusuli pula dengan doa untuk mereka dalam ibadat kita bersama Allah SWT terutama pada waktu malam yang amat berharga itu, kerana mengadap Allah pada waktu malam itu adalah rahsia penerimaan manusia yang kita dakwahkan.

4. Hidayah adalah milik Allah SWT. Rasulullah SAW berdakwah kepada bapa saudaranya Abu Talib, namun baginda tidak berjaya mengislamkannya. Allah memberi hidayah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Kita hanya merancang dan berusaha, Dia yang menentukan.

5. Dakwah tidak berhajat kepada kita, akan tetapi kita amat berhajat kepada usaha dakwah ini demi menyelamatkan diri daripada azab Allah SWT. Bacalah firman Allah dalam surah as-Saff ayat 10. Allah menjelaskan bahawa berniaga dengan-Nya akan menyelamatkan kita semua daripada azab yang pedih.

Semoga kita semua dapat tsabat (tetap dan teguh) di atas jalan yang kita pilih ini sehingga ke penghujung hayat kita. Jadilah kalian manusia yang sentiasa merindui Allah dan mendambakan redha-Nya.

Tulisan oleh: Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria
Sumber: Tarbiatuna (Bilangan 1)

Read 1130 times Last modified on Tuesday, 14 March 2017 06:58

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!