wrapper

Berita Terkini

الإثنين 1 شوّال 1438   |   Monday June 26 2017
Wednesday, 15 May 2013 00:00

Ikhwah akhawat, bersabar dan bergembiralah...

Written by  admin
Rate this item
(0 votes)

 الحمد لله رب العالمين ، القائل فى كتابه الكريم (إِنَّهُ مَن يَتَّقِوَيِصْبِرْ فَإِنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِين) يوسف 90

 

، والصلاة والسلام على نبيه الأمين القائل ، فى حديث صهيب

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِإِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ

،إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ ، وَإِنْ أَصَابَتْهُضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَه) رواه مسلم

 

Bersyukur kepada Allah Tuhan Semesta Alam yang telah berfirman:

"Sesungguhnya barangsiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan".

Selawat dan salam ke atas Nabi-Nya SAW yang jujur lagi amanah. Baginda telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Suhaib yang bermaksud:

"Ajaib sungguh urusan orang yang beriman. Sesungguhnya semua urusannya membawa kebaikan baginya. Dan yang demikian itu tidak dikurniakan kecuali bagi orang mukmin sahaja di mana jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika dia diuji dengan kesusahan, dia bersabar, maka itu juga baik baginya." 
 

Risalah ini aku titipkan daripada jantung hatiku kepada kalian semua, lantaran situasi yang telah kita lalui bersama itu. Saya secara peribadi merasai kepahitan dan keperitannya, selepas melihat sendiri pengorbanan yang dilakukan oleh ikhwah dan akhawat ke arah pengislahan menyeluruh tanah air tercinta ini. Kita telah berusaha mendokong kebenaran bersama-sama semua warganegara yang prihatin. 

Sekalung ucapan tahniah kita hadiahkan kepada semua setelah keputusan pilihan raya diumumkan bahawa Allah SWT telah mengetahui apa yang tersirat di hati kita semua, Dia Maha Mengetahui tentang keikhlasan hati ini. Allah SWT melihat gerak kerja kita, lalu Dia mendapati padanya usaha dan pengorbanan yang baik lagi mulia. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang setimpal dan kita meyakini bahawa Allah SWT tidak sekali-kali akan mensia-siakan amalan kita di dunia dan di akhirat. Allah SWT berfirman: 

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا) الكهف 30 .

“Sungguh, mereka yang beriman dan mengerjakan kebaikan, Kami benar-benar tidak akan mensia-siakan pahala orang yang mengerjakan perbuatan baik itu." 

 

Di bawah ini saya titipkan beberapa nasihat dan berita yang menggembirakan: 

1. Bergembiralah…. Bahawa Allah sentiasa bersama kita, kerana apa yang telah kita usaha dan korbankan adalah semata-mata untuk mendapat keredhaan-Nya jua. Dari sini marilah kita yakini bahawa Allah akan sentiasa bersama membantu dan menolong kita. Itulah perasaan yang dialami oleh Nabi SAW, dikongsi dan diluahkan kepada sahabatnya di Gua Hira’ bila Nabi SAW mendapati Abu Bakar RA bersedih dan diselubungi ketakutan. 
Nabi SAW berkata kepada Abu Bakar RA; Allah berfirman:
 

إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَكَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لاتَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِوَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُواالسُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (التوبة 40)

 

"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) makasesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah)mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua(sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepadasahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersamakita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (NabiMuhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya.Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengansehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi(selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

 

2. Bergembiralah…. Sesungguhnya telah tetaplah ganjaran pahala tersebut insya-Allah kerana Allah tidak menilai kita di atas hasil gerak kerja kita, akan tetapi Dia akan menghisab kita atas apa yang kita lakukan dengan penuh ikhlas dan sabar. Firman-Nya: 

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ ( الزمر10)

“Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas."

 

Firman-Nya lagi: 

وَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ ، وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ (آل عمران 57 )

“Dan adapun orang yang beriman dan melakukan kebajikan, maka Dia akan memberikan pahala kepada mereka dengan sempurna. Dan Allah tidak menyukai orang zalim."  

Kita amat yakin bahawa semua ikhwah dan akhawat kita bekerja dengan ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah dan membantu memenangkan kebenaran. Imam Al-Banna telah berwasiat kepada kita, katanya: 

لا يغرنك أن يحسبك الناس عاملا ، ولكن همك أن يعلم الله منك صدق ذلك ،فإن الناس لن يغنوا عنك من الله شيئاً

“Jangan kalian tertipu oleh sangkaan manusia bahawa kalian adalah orang yang bekerja, tetapi matlamat kalian ialah agar Allah SWT mengetahui bahawa kalian bersikap benar dalam melaksanakan kerja tersebut. Sesungguhnya manusia tidak dapat memberi apa-apa kepada kalian selain Allah SWT."

 

3.  Bergembiralah… maka Allah sekali-kali tidak akan mensia-siakan hak mereka yang ikhlas bekerja kerana neraca timbangan langit adalah lebih adil dari neraca timbangan dunia. Jika hak tersebut luput di dunia,maka ia pasti tidak akan luput di sana (padang mahsyar) di hadapan Tuhan Rabbul Jalil. Firman-Nya: 

وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلاتُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَابِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ (الأنبياء 47)

 

Maksudnya: ”Dan Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tidak seorang pun dirugikan walau sedikit; sekalipun hanya sebesar biji sawi, pasti Kami akan mendatangkannya (pahala). Dan cukuplah Kami yang membuat perhitungan.”

 

4.  Bergembiralah dan jangan kalian berputus-asa… Kerana Allah-lah yang menguruskan hamba-hamba-Nya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Allah SWT berfirman: 

وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْرَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ (يوسف 87)

“Dan janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak akan berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." 

 

Firman-Nya lagi: 

قَالُواْ بَشَّرْنَاكَ بِالْحَقِّ فَلاَ تَكُن مِّنَ الْقَانِطِينَ ،قَالَ وَمَن يَقْنَطُ مِن رَّحْمَةِ رَبِّهِ إِلاَّ الضَّآلُّونَ (الحجر 55 – 56)

 “Mereka (malaikat) menjawab; Kami khabarkan berita gembira buat kamu dengan benar. Maka janganlah kamu termasuk di kalangan orang yang berputus asa. Dia (Ibrahim) berkata: Tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhan-Nya, kecuali orang-orang yang sesat.”

 

Imam Al-Banna berkata: 

لا تيأسوا فليس اليأس من أخلاق المسلمين وحقائق اليوم أحلام الأمسوأحلام اليوم حقائق الغد ولازال في الوقت متسع ولازالت عناصر السلامة قوية عظيمةفي نفوس شعوبكم المؤمنة رغم طغيان مظاهر الفساد والضعيف لا يظل ضعيفاً طول حياتهوالقوي لا تدوم قوته أبد الآبدين يقول تعالى :(وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَىالَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُالْوَارِثِينَ ، وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ).

“Jangan kalian berputus asa kerana berputus asa itu bukan akhlak kaum Muslimin. Hakikat hari ini adalah mimpi-mimpi semalam dan mimpi hari ini adalah hakikat yang akan berlaku esok. Masih tetap ada lagi waktu dan anasir-anasir yang baik masih utuh dan kuat dalam jiwa-jiwa bangsa para mukmin sekalipun kerosakan bermaharajalela. Yang lemah tidak akan selama-lamanya menjadi lemah sepanjang hidupnya, sebaliknya yang kuat tidak akan selama-lamanya kuat sepanjang hidupnya. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Kami (Allah SWT) mahu mengurniakan (kekuatan) kepada orang-orang yang lemah di muka bumi ini dan Kami akan jadikan mereka pemimpin dan pewaris kepimpinan serta Kami akan menguatkan kekuasaan mereka di atas muka bumi ini."

 

5.  Bergembiralah dan bersabarlah…. Sesungguhnya bersama kesusahan itu adanya kesenangan dan bahawa kemenangan itu mengiringi bersama kesabaran. Allah berfirman:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ، إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا(الشرح 5 – 6 )

Cuba perhatikan bahawa Allah telah menyebutkan dalam ayat di atas secara ‘bersama’ (المعية), Allah tidak menyebutnya secara ‘kemudian selepas itu’ (التبعية). Ia memberi ketenangan kepada hati kita bahawa kemenangan itu sebenarnya dekat dan bahawa kesenangan itu datang bersama kesusahan. Maka bergembiralah kalian semua dengan kemenangan yang amat dekat kerana waktu malam yang pekat hitamnya ialah sejurus sebelum masuknya waktu fajar. Allah SWT merahmati penyair yang berkata:

 

إذا ضاقت بك الدنيا         ففكر في:(ألم نشرح)

 

فـعسر بـينيسرين          تأمَّـــــــــل فيهما تفــــــــرح .

 

“Apabila kamu rasa sempitnya dunia, maka fikirkanlah pada  ألم نشرح, Maka kesusahan itu sebenarnya berada di antara dua kesenangan. Renung-renungkanlah pada kedua-duanya itu, nescaya kamu akan rasa gembira….”

 

6.  Bergembiralah dan laksanakanlah dakwah ini… Kita semua adalah pembawa risalah. Kita adalah rijal pembawa dakwah yang berkesinambungan. Medan dan bidang dakwah ini pelbagai; di antaranya adalah politik. Maka sebarkanlah dakwah kamu ini di kalangan manusia. Sebarkanlah kebaikan dan kelebihan dakwah ini ke segenap lapisan masyarakat. Jangan kalian terkesan dengan peristiwa-peristiwa yang mendatang ini. Sebarkanlah dakwah kalian di kalangan manusia di kampung, bandar, taman, masjid, sekolah, universiti dan kelab-kelab (persatuan). Kita adalah du'ah (pendakwah) kepada Allah dan kita membawa kebaikan untuk manusia. Allah SWT berfirman:

 

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَصَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ * وَلا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلاالسَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَوَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ * وَمَا يُلَقَّاهَا إِلاالَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (فصلت 33 – 35) .

Maksudnya: “Dan siapakah yang  lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata: 'Sungguh, aku termasuk orang Muslim (yang berserah diri)?’ (33) Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. (34) Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar. (35)”

 

7.  Bergembiralah dan hendaklah kalian mengambil perhatian di sepanjang jalan tarbiyah ini… Maka medan pembinaan dan tarbiyah sentiasa menunggu kalian kerana sebagaimana kalian mengetahui bahawa “Tarbiyah dan Takwin merupakan jalan kita menuju kejayaan”. Maka hendaklah kalian semua mengambil berat soal-soal yang berkaitan dengan program-program tarbiyah serta pelbagai wasilahnya kerana ia adalah asas pembinaan individu dan rumah tangga. Ia juga adalah titik bermulanya ke arah pembinaan masyarakat dan daulah. AllahSWT merahmati Imam Syahid Hasan Al-Banna ketika beliau berkata: 

كونوا أنفسكم تتكون بكم أمتكم

 

“Bentuklah jiwa-jiwa kalian, nescaya akan terbentuklah dengankalian ummah kalian”.

 

Ayuh-lah wahai ikhwan yang dikasihi… marilah sama-sama kita berusaha memantapkan tarbiyah… 

8.  Akhir sekali…. Yakinlah dengan Tuhan kalian. Dialah Allah yang sentiasa meliputi pengetahuan-Nya terhadap apa yang kalian lakukan. Sentiasalah melakukan ketaatan dan jadilah kalian semua rabbaniyyin. Kemudian yakinlah dengan jalan dakwah, kepimpinan dan manhaj kalian. Peliharalah ukhuwah kalian kerana ia adalah rahsia kekuatan dan asas kegemilangan. Kemudian teruskan bekerja dan jangan kalian berputus-asa. Tunggulah kelapangan dan kesenangan yang akan Allah kurniakan dalam masa terdekat daripada hamba-hamba-Nya yang baik. Allah berfirman:

 

...وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ ،بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ ، وَعْدَ اللَّهِلَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُون (الروم4 : 6 ).

Maksudnya: "...Dan pada hari (kemenangan bangsa Romawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman (4), kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Perkasa, Maha Penyayang. (5) (Itulah) janji Allah. Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (6)" 

 

وآخردعوانا أن الحمد لله رب العالمين

 

Nukilan Sheikh Mohamed Hamed Elawa, 8 Mei 2013

 

Terjemahan Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria, Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Pusat

 

Sumber: http://abuamru1208.blogspot.com/2013/05/ikhwah-akhawat-yang-dikasihi-sekalian.html

Read 3255 times Last modified on Thursday, 12 January 2017 09:49
More in this category: Kepentingan Menuntut Ilmu »

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-melinfo@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd