wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 20 رجب 1440   |   Wednesday 27 March 2019
Rumusan Kandungan Surah an-Nur
  Surah an-Nur adalah surah ke-24 dalam al-Quran. An-Nur bermaksud ‘Cahaya’  Tujuan utama surah an-Nur diturunkan adalah untuk mendidik manusia menjadi umat yang terbaik kerana manusia dilahirkan ke
IKRAM Ajak Keluar Dari Kebekuan Tradisi kepada Inovasi
Seri Kembangan, 22 September. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak mesyarakat keluar dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi dan seterusnya melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan
Jaga Adab, Elak Provokasi Dalam Berbincang di Media Sosial
Dalam kehangatan perbincangan isu-isu di media sosial, kita melihat pelbagai respon diberikan netizen dalam mengemukakan pandangan masing-masing. Walaupun ada yang memberi respon yang baik dan rasional, tidak kurang
Time to look for alternatives on home ownership?
Conventional thinking dictates that each family in this country should own a home. That has been an acceptable norm as a roof over one’s head is considered a basic necessity. A house is an appreciating asset that can
Tuesday, 19 February 2019 11:21

Solidariti Tabung Haji, bukan isu untuk dipolitikkan

Written by
Rate this item
(1 Vote)

Tabung Haji sedang menghadapi masalah kewangan, seperti yang dilaporkan oleh media semenjak tahun lepas. Akibatnya, dividen pencarum mungkin berkurang berbanding dengan tahun-tahun sebeum ini. Desas-desus berhubung subsidi rayuan haji pula hangat diperkatakan walaupun ianya belum dimuktamadkan oleh pihak Tabung Haji.

Seperti apa juga bentuk perniagaan dan pelaburan, Tabung Haji boleh mengalami keuntungan dan kerugian dan terdedah kepada faktor-faktor pasaran.

Berita baik, usaha untuk memulihkan kedudukan Tabung Haji telah pun bermula. Laporan polis telah dibuat berhubung kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini. Pihak pengurusan juga telah ditukar kepada golongan profesional.

Pada bulan Julai tahun lepas, Tabung Haji telah melantik bekas Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof sebagai pengerusi baharunya dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Bhd., Datuk Seri Zukri Samat sebagai ketua pegawai eksekutifnya yang baharu.

Aset yang tidak menguntungkan bernilai kira-kira RM19.9 bilion dipindahkan kepada syarikat tujuan khas (SPV) menjelang 31 Disember lepas, bermatlamat memantapkan kedudukan kewangannya.

Berita yang kurang enak didengar pula, apabila terdapat segelintir pemimpin politik yang memainkan sentimen yang boleh menaikkan kemarahan rakyat kepada Tabung Haji atau pihak kerajaan. Lebih malang, bila ahli politik cuba untuk memainkan isu sebegini untuk mencapai matlamat politik sempit semata-mata.

Kita faham peranan ahli politik untuk mengetengahkan isu-isu yang mempunyai kepentingan umum, namun biarlah ia disertakan dengan fakta dan data yang konkrit. Inilah politik matang yang diperlukan oleh negara sekarang.

Pada masa yang sama, umat Islam mestilah objektif dalam menilai. Dalam erti kata, penilaian mestilah berdasarkan kepada maklumat dan fakta yang sahih. Pihak Tabung Haji pula hendaklah responsif dalam menyalurkan maklumat kepada umat Islam di negara ini, lebih-lebih lagi pada era media sosial yang sangat dinamik.

Sudah tiba masanya untuk Tabung Haji kembali kepada tujuan penubuhannya yang asal iaitu sebagai institusi kewangan Islam bagi memudahkan umat Islam menyimpan untuk tujuan mengerjakan haji, selaras dengan Akta Tabung Haji 1995.

Sekian lama Tabung Haji seolah-olah telah berubah menjadi satu institusi pelaburan dengan pulangan pelaburan yang mengatasi instrumen pelaburan lain. Ini satu bonus, namun janganlah dibiarkan institusi umat Islam ini tersasar atau hilang dari fokus asal penubuhannya, apatah lagi bila melibatkan pelaburan berisiko tinggi atau sederhana.

Seperti apa juga masalah, ia boleh diselesaikan. Ia memerlukan pengurusan yang baik, ilmu, pengalaman dan tentunya akan mengambil masa. Sebagai umat Islam, marilah kita memberi sokongan dan mendoakan agar pihak pengurusan Tabung Haji yang baru dilantik, golongan profesional dan seluruh kakitangan Tabung Haji dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.

Mohammad Abdul Hamid
YDP IKRAM Bandar Tun Razak, Mahasiswa Sarjana Polisi Awam Universiti Malaya

Read 1242 times Last modified on Wednesday, 27 February 2019 15:17

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Wilayah

Pertubuhan IKRAM Malaysia Wilayah Persekutuan

Jalan AU1A/4A, 54200 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: +603-42523225

Pejabat Urusan: https://goo.gl/maps/3QSni

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd