Print this page
Tuesday, 03 October 2017 08:00

IKRAM Ajak Keluar Dari Kebekuan Tradisi kepada Inovasi

Rate this item
(0 votes)

inovasi

Seri Kembangan, 22 September. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak mesyarakat keluar dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi dan seterusnya melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan berinovasi.

Dalam perutusan maal hijrah yang dikeluarkan oleh presidennya, Dr. Hj. Mohd. Parid Sheikh Ahmad, beliau turut menyeru umat Islam untuk berhijrah untuk menjadi lebih relevan dengan zaman dan cabaran arus perdana.

Presiden IKRAM turut memetik ayat al Quran surah Ar-Ra’d ayat 11 bertepatan dengan tanggungjawab umat untuk berhijrah ke tahap yang lebih baik;

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

Antara hijrah yang disarankan IKRAM adalah dengan melakukan perubahan dengan memperbaiki diri dan menyebarkan kebaikan kepada masyarakat, meningkatkan taqwa dan melaksanakan amanah dengan penuh integriti serta berazam membangunkan negara kearah yang lebih rahmah

Read 1282 times Last modified on Tuesday, 03 October 2017 10:20
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd