wrapper

Berita Terkini

الإثنين 29 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 18 2017
Rumusan Kandungan Surah an-Nur
  Surah an-Nur adalah surah ke-24 dalam al-Quran. An-Nur bermaksud ‘Cahaya’  Tujuan utama surah an-Nur diturunkan adalah untuk mendidik manusia menjadi umat yang terbaik kerana manusia dilahirkan ke
IKRAM Ajak Keluar Dari Kebekuan Tradisi kepada Inovasi
Seri Kembangan, 22 September. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak mesyarakat keluar dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi dan seterusnya melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan
Jaga Adab, Elak Provokasi Dalam Berbincang di Media Sosial
Dalam kehangatan perbincangan isu-isu di media sosial, kita melihat pelbagai respon diberikan netizen dalam mengemukakan pandangan masing-masing. Walaupun ada yang memberi respon yang baik dan rasional, tidak kurang
Time to look for alternatives on home ownership?
Conventional thinking dictates that each family in this country should own a home. That has been an acceptable norm as a roof over one’s head is considered a basic necessity. A house is an appreciating asset that can
Friday, 21 April 2017 00:00

Jaga Adab, Elak Provokasi Dalam Berbincang di Media Sosial

Rate this item
(0 votes)

Jaga Adab Elak Provokasi

Dalam kehangatan perbincangan isu-isu di media sosial, kita melihat pelbagai respon diberikan netizen dalam mengemukakan pandangan masing-masing. Walaupun ada yang memberi respon yang baik dan rasional, tidak kurang juga yang bersifat emosional dan menggunakan bahasa yang kasar atau pun berbentuk serangan peribadi.

Tidak dinafikan, masing-masing mempunyai hak untuk memberikan pandangan, tambahan pula pada era di mana sesiapa sahaja boleh memberi respon di hujung jari, tidak kira di masa sahaja mereka berada.

Lebih malang lagi apabila isu yang dibincangkan adalah isu-isu berkaitan Islam namun respon yang diberikan ada kalanya tidak menggambarkan tatacara dan akhlak yang dianjurkan Islam. Walaupun sudah terdapat saranan dan nasihat yang diberikan agar menjaga adab-adab dalam berbincang dan berbeza pandangan, namun isu ini masih belum dapat dibendung. Jelasnya, respon-respon yang diberikan tidak menggambarkan perbincangan yang matang yang dapat membuahkan hasil yang positif.

Kita sedia maklum perbincangan secara maya di media sosial terdapat kekangan-kekangan tertentu kerana rata-rata netizen tidak mengenali di antara satu sama lain. Tambahan pula, respon di media sosial tidak mempunyai suara dan intonasi seperti perbincangan yang dilakukan secara bersemuka. Manakala riak wajah pula tidak dapat dilihat. Ini semua menjadikan sesuatu respon itu mudah di salahtafsir oleh pembaca terutamanya apabila terdapat provokasi-provokasi terhadap sesuatu isu yang dibincangkan.

Untuk itu, mungkin langkah terbaik yang boleh diambil oleh setiap netizen adalah untuk menahan diri dari memberi respon kepada isu-isu hangat terutamanya apabila seseorang itu berada di dalam keadaan marah atau pun emosi yang tidak terkawal. Usahlah dilayan respon atau komen yang menggunakan bahasa yang tidak enak atau berbentuk provokasi.

Apa yang membimbangkan adalah sekiranya perselisihan yang berlaku di media sosial merupakan petanda kepada permasalahan yang lebih besar yang boleh membawa kepada permusuhan yang semakin meruncing dan berpanjangan di antara pelbagai kumpulan di negara ini. Jika ini berlaku, ia pastinya akan menggugat perpaduan dan keharmonian hidup dalam bermasyarakat.

Kita berharap masing-masing dapat merenung kembali saranan-saranan yang dianjurkan dalam Islam berhubung adab-adab dalam berbeza pendapat. Sesungguhnya, hubungan silaturrahim dan ukhuwwah sesama Muslim adalah satu nikmat yang sangat tinggi nilainya di sisi Islam. Hubungan ini hendaklah dipelihara selain dari sikap berlapang dada dan saling hormat-menghormati. Ini sebenarnya bukanlah budaya yang asing lagi bagi masyarakat kita yang dahulunya terkenal dengan tatasusila dan budi pekerti yang mulia.

Sewajarnya, kepelbagaian dan perbezaan pandangan dilihat sebagai sesuatu yang dapat memperkayakan ufuk minda dan pemikiran kita selagi mana kita menjaga adab-adab dalam berbincang dan saling menghormati. Jika dalam interaksi kita dengan masyarakat bukan Islam pun kita mesti mempamerkan akhlak yang baik, apatah lagi dengan saudara sesama agama.

 

Mohammad Abdul Hamid

IKRAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Read 1093 times Last modified on Friday, 21 April 2017 22:36

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Wilayah

Pertubuhan IKRAM Malaysia Wilayah Persekutuan

Jalan AU1A/4A, 54200 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: +603-42523225

Pejabat Urusan: https://goo.gl/maps/3QSni

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd