wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 19 ذو الحجّة 1440   |   Tuesday 20 August 2019
Rumusan Kandungan Surah an-Nur
  Surah an-Nur adalah surah ke-24 dalam al-Quran. An-Nur bermaksud ‘Cahaya’  Tujuan utama surah an-Nur diturunkan adalah untuk mendidik manusia menjadi umat yang terbaik kerana manusia dilahirkan ke
IKRAM Ajak Keluar Dari Kebekuan Tradisi kepada Inovasi
Seri Kembangan, 22 September. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak mesyarakat keluar dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi dan seterusnya melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan
Jaga Adab, Elak Provokasi Dalam Berbincang di Media Sosial
Dalam kehangatan perbincangan isu-isu di media sosial, kita melihat pelbagai respon diberikan netizen dalam mengemukakan pandangan masing-masing. Walaupun ada yang memberi respon yang baik dan rasional, tidak kurang
Time to look for alternatives on home ownership?
Conventional thinking dictates that each family in this country should own a home. That has been an acceptable norm as a roof over one’s head is considered a basic necessity. A house is an appreciating asset that can
Sunday, 07 August 2016 08:00

Projek Hijau Pupuk Keluarga Hargai Alam Sekitar

Rate this item
(0 votes)

projek hijau ikram junior

"Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut yang berpunca daripada perbuatan tangan-tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."

[Surah Al-Rum:41]

Ekosistem dunia terancam akibat pencerobohan hutan dan penebangan pokok yang tidak terkawal sehingga tercetusnya fenomena ekstrim seperti El Nino.

Atas kesedaran ini IKRAM Junior Wilayah Persekutuan telah mengambil initiatif menjayakan PROJEK HIJAU PENANAMAN POKOK IKRAM JUNIOR DAN KELUARGA pada 6 Ogos 2016 bertempat di FRIM Kepong.

Projek ini dijayakan dengan penglibatan aktif 64 orang peserta (kanak-kanak, dewasa). Program dimulakan dengan ucapan , taklimat dan senaman ringkas serta bacaan doa. Seterusnya, para peserta menikmati keindahan flora disamping perkongsian spesis tumbuhan hutan oleh renjer FRIM dengan merentasi laluan sepanjang 2.5km sebelum ke tapak penanaman.

projek hijau ikram junior 2

Keterujaan terpancar pada riak muka peserta ketika demonstrasi penanaman pokok ditunjukkan oleh wakil FRIM. Dengan semangat dan kegigihan setiap peserta pelbagai lapisan umur sebanyak 40 anak pokok buah hutan berjaya ditanam.

Setiap peserta juga dibekalkan sepohon anak pokok sebagai cenderahati sebagai simbolik Projek Hijau Penanaman Pokok IKRAM Junior dan keluarga tidak hanya terhenti pada program ini. Peserta dikehendaki memelihara setiap anak pokok dan perlu mengambil gambar pokok yang berusia seminggu untuk dikongsikan di media sosial yang telah disediakan oleh jawatankuasa program.

Read 1214 times Last modified on Monday, 08 August 2016 05:53

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Wilayah

Pertubuhan IKRAM Malaysia Wilayah Persekutuan

Jalan AU1A/4A, 54200 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: +603-42523225

Pejabat Urusan: https://goo.gl/maps/3QSni

DMC Firewall is a Joomla Security extension!