wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 16 صفر 1441   |   Wednesday 16 October 2019
Rumusan Kandungan Surah an-Nur
  Surah an-Nur adalah surah ke-24 dalam al-Quran. An-Nur bermaksud ‘Cahaya’  Tujuan utama surah an-Nur diturunkan adalah untuk mendidik manusia menjadi umat yang terbaik kerana manusia dilahirkan ke
IKRAM Ajak Keluar Dari Kebekuan Tradisi kepada Inovasi
Seri Kembangan, 22 September. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak mesyarakat keluar dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi dan seterusnya melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan
Jaga Adab, Elak Provokasi Dalam Berbincang di Media Sosial
Dalam kehangatan perbincangan isu-isu di media sosial, kita melihat pelbagai respon diberikan netizen dalam mengemukakan pandangan masing-masing. Walaupun ada yang memberi respon yang baik dan rasional, tidak kurang
Time to look for alternatives on home ownership?
Conventional thinking dictates that each family in this country should own a home. That has been an acceptable norm as a roof over one’s head is considered a basic necessity. A house is an appreciating asset that can
Sunday, 06 December 2015 08:00

At-Taghabun: Perisai Menghadapi Fitnah Dunia

Rate this item
(0 votes)

Perisai Menghadapi Fitnah Dunia

Ahad, 6 Disember 2015 - Telah berlangsung program Bicara Pagi yang bertajuk "Bekalan Menghadapi Fitnah Dunia - Tadabbur dari Kacamata Surah At Taghabun" di Surau Darul Falah, Taman Berjaya, Gombak.

Slot yang bermanfaat yang dihadiri oleh 40 orang ini disampaikan oleh Ustazah Dr Sofia Shamsuddin, pensyarah Kulliyyah Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

"Kita ingin mengutip permata-permata di dalam surah ini untuk menjadi perisai menghadapi ujian fitnah pada masa ini.

Surah ini merupakan surah Al-Musabbihat, di mana ianya dimulakan dengan Tasbih, iaitu menyucikan Allah daripada sebarang kekurangan dan kelemahan serta mengakui kesempurnaan Allah s.w.t"

Apabila bertasbih, seharusnya ia datang dari dalam hati.

Dunia sinonim dengan ujian dan kesakitan. Tetapi, mari kita tukarkan ia kepada Pahala.

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu, oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[at-Taghabun: 14]

Tetapi jika kita faham akan ujian-ujian ini, pasti kita akan tahu langkah-langkah untuk menangani ujian-ujian ini" ulas Ustazah Dr Sofia di akhir kalam.

Program yang selama dua jam ini (9:00 pagi hingga 11;00 pagi) adalah anjuran bersama Surau Darul Falah dan Wanita IKRAM Daerah Batu dan terbuka kepada semua.

Semoga Allah merahmati program ini. InsyaAllah.

Read 1313 times Last modified on Saturday, 28 May 2016 15:36

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Wilayah

Pertubuhan IKRAM Malaysia Wilayah Persekutuan

Jalan AU1A/4A, 54200 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: +603-42523225

Pejabat Urusan: https://goo.gl/maps/3QSni

DMC Firewall is a Joomla Security extension!